
Mukadimah
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!
Kem Remaja anjuran IQ dan INTIS kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar yang berkesan.
Siapa yang layak menyertainya?
Remaja berumur 13 hingga 16 tahun
Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini?
- Peserta akan memahami tentang asas akidah Islam serta hal-hal yang merosakkan akidah
- Peserta akan memahami tatacara solat dengan dalil-dalil dari hadis yang soheh, bahaya meninggalkan solat, serta tatacara solat ketika sakit, musafir dan sebagainya.
- Peserta akan memahami zikir dan doa harian yang diamalkan Rasulullah SAW, adab-adab sehariannya.
- Memahami akhlak Islamiah khususnya akhlak dengan ibu bapa
- Peserta mampu mensolatkan jenazah, mengkafaninya, serta memandikan jenazah
- Apa kelebihan program ini?
- Lebih 80% aktiviti di dalam kumpulan, dan hanya sekitar 15-20% sahaja kuliah
- Nota-nota disokong dengan hadis-hadis yang sahih dengan rujukan kitab-kitab yang muktabar
- Peserta turut akan dilatih bergerak secara berkumpulan, melakukan ‘presentation’ sekaligus melatih teknik komunikasi mereka.
- Rekod kemajuan peserta akan diberikan pada majlis penutup. Sesi perjumpaan ibu bapa dan fasilitator yang jarang-jarang ditemui di dalam program-program motivasi yang lain
28 November Ahad/1 Disember Rabu
08.30 am : Pendaftaran Peserta
09.30 am : Taklimat program kepada peserta
10.00 am : Ice breaking- sesi perkenalan dengan ahli kumpulan
10.45 am : LDK 1- Asas Akidah Islam
12.00 pm : Rehat/Makan tengahari/Persiapan diri
01.00 pm : Solat Zuhur Berjemaah
02.00 pm : LDK 2- Perkara-perkara yang membatalkan keIslaman
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : LDK 3- Sunnah-Sunnah Harian
04.15 pm : Rehat/Solat Asar/Minum Petang
05.00 pm : Riadah
06.00 pm : Persiapan diri
06.40 pm : Makan Malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07.45 pm : Kuliah Maghrib- Anak Soleh
08.45 pm : Solat Isya
09.00 pm : LDK 4- Kesempurnaan bersuci
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir sebelum tidur dan tidur
29 November Isnin/ 2 Disember Khamis
04.45 am : Bangun dan persiap diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.40 am : Halaqah al-Quran
07.30 am : Riadah
08.00 am : Hemat diri
08.30 am : Sarapan pagi
09.00 am : LDK 5- Kesempurnaan solat
10.00 am : Rehat
10.15 am : Sambungan LDK 5
12.30 am : Rehat dan Makan tengahari
01.00 pm : Solat Zohor
02.00 pm : LDK 6- Pengurusan Jenazah
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : Persiapan war game
04.00 pm : Bersiap dan bergerak ke empangan
04.30pm : Minum petang dan solat Asar
05.00 pm : War Game
06.00 pm : Bergerak pulang
06.30 pm : Persiap diri dan makan malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07. 30 pm : Halaqah al-Quran
08.30 pm : Solat Isya’
09.00 pm : Sambungan LDK 6- Pengurusan Jenazah
11.00 pm : Minum malam
11.30 pm : Tidur
30 November 2010 Selasa/ 3 Disember 2010 Jumaat
04. 45 am : Bangun tidur dan persiapan diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.30am : Riadah
08.00 am : Khidmat diri dan Sarapan pagi
08.30 am : LDK 7: Persediaan Presentation Kumpulan
09.15 am : Presentation setiap kumpulan
10.15 am : Minum pagi
10.30 am : Motivasi Cemerlang Akademik
12.00 pm : Rehat
01.00 pm : Solat Zohor
02.00 pm : Ujian Penilaian 1
03.00 pm : Ujian Penilaian 2
04.00 pm : Minum petang, persiapan pulang dan solat Asar
05.15 pm : Majlis penutup serta perjumpaan ibu bapa dan fasilitator
Sila muat turun/download borang penyertaan di bawah:



Assalamu’alaikum…
program utk 16thun ke atas ada x? berminat nak turut serta…terutama nya pengisian akidah tu.