Selain daripada menganjurkan program-program latihan, INTIS Consultan and Training turut terlibat di dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti buat mahasiswa dan masyarakat umum. Sebahagian aktiviti tersebut dianjurkan sendiri oleh INTIS dan sebahagiannya adalah hasil kerjasam INTIS bersama badan-badan dakwah yang lain. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan sendiri oleh INTIS ialah:
- Kuliah-kuliah mingguan (terbuka kepada semua lapisan masyarakat). Topik yang dibincangkan berkisar kepada aqidah, feqh, al-Quran, al-Hadith dan lain-lain.
- Ta’lim Sunnah 1 (2007)
- Daurah Aqidah Pelajar-Pelajar Borneo (2008)
- Training of Trainer- melatih mereka yang mahu menjadi fasilitator di dalam program-program seperti kem solat dan lain-lain.
Aktiviti anjuran bersama organisasi-organisasi lain:
- Forum Gerakan Tajdid 1 :Gerakan Tajdid: Sejarah Perkembangan dan Cabaran di Era Globalisasi (2006)- kerjasama bersama Muslim Profesional Forum (MPF)
- Forum Gerakan Tajdid 2 (2006)- kerjasama bersama Muslim Profesional Forum (MPF) dan Karangkraf
- Daurah Musim Cuti (2005, 2007)- kerjasama bersama Institut al-Qayyim
- Daurah Aqidah (2007)- kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN)
- Seminar Penghayatan as-Sunnah (2007)- kerjasama bersama Muslim Profesional Forum (MPF)
