INTIS Consultant
Laporan Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat
LAPORAN KONVENSYEN PEMIKIR-PEMIKIR ISLAM SEJAGAT
TEMA : MEMBINA KEKUATAN UMMAH
Pada 4 dan 5 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung Konvensyen Pemikir-pemikir Islam Sejagat yang bertemakan “Membina Kekuatan Ummah”. Konvensyen ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.
4 Disember 2010.
Majlis dimulakan pada jam 9 malam dengan persembahan nasyid tanpa instrument muzik oleh kumpulan Caliphs yang dibawaka khas dari Kolej Islam Antarabangsa, Kuala  Lumpur.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Forum Perdana. Panelis pertama ialah Dr Abdullah Yassin. Panelis kedua ialah Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin, iaiatu mantan mufti negeri Perlis . Manakala panelis ketiga ialah Dr. Juanda bin Jaya, iaitu Mufti Negeri Perlis. Moderator bagi forum ini ialah Ustaz Abdul Rasyid bin Idris, presiden Institut Al-Qayyim, Pulau Pinang.
5 Disember 2010
Pendaftaran bermula pada jam 8 pagi di pintu masuk Dewan Warisan, Kangar. Penyertaan adalah dari pelbagai tempat samada penduduk setempat, luar negeri Perlis, mahupun dari luar Malaysia. Beberapa wakil daripada luar Malaysia adalah seperti dari Singapura, Indonesia, Thailand, Laos dan Kemboja.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berserta terjemahannya.
Majlis diteruskan dengan pembentangan oleh Persatuan Muhammadiyah, Singapura yang diasampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim bin Abdul Nasir iaitu Naib Presiden 3, Persatuan Muhammadiyah. Beliau membentangkan isu dakwah di Singapura. Penduduk Islam khususnya kaum Melayu adalah golongan minoriti di Singapura, akan tetapi kebebasan mengamalkan agama Islam di Singapura walaupun tidak menyeluruh dan hanya berkait dengan perkara yang bersangkutan dengan perkahwinan, perceraiandan pewarisan di mana hukum shariah dilaksanakan. Menurut beliau lagi terdapat lebih sepuluh buah persatuan yang berdaftar dan diiktiraf oleh Majlis Ugama Singapura seperti Persatuan Muhammadiyah sendiri, Jamiyah, Persatuan taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), persatuan Ulama dan Guru Agama Singapura (Pergas), Persatuan Islam Singapura (Persisii), Himpunan Belia Islam (HBI), Perdaus dan Darul Arqam.
Dalam usaha memperjuangkan Al-Quran dan Sunnah, Muhammadiyah mempunyai objektif berasaskan kepada amar makruf nahi mungkar dengan berdakwah secara lisan kepada masyarakat untuk memenuhi tujuan dan matlamatnya mengadakan pengajian yang informal dari rumah ke rumah anggota dan simpatisan diikuti dengan risalah, penerbitan dan lain-lain lagi untuk membasmi segala jenis bid’ah yang boleh merosakkan agam Islam, serta berusaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. Pelbagai forum terbuka, ceramah dan sesi pebincangan telah diadakan seperti majlis forum yang bertajuk Muzakarah Hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Seminar Kesinambungan Gerakan Sunnah dan lain-lain lagi.
Muhammadiyah semakin berkembang dengan membina pusat pengetahuan Islam dengan membuka institusi formal iaitu Pra-tadika dan Tadika, madrasah serta memulakan projek membina bangunan sebagai tempat ibadah, pejabat, bilik darjah dan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat. Madrasah juga menekankan ilmu agama, Bahasa Arab selain tidak mengabaikan pembelajaran akademik dan komputer.
Oleh kerana pengurusan dan pentadbiran keseluruhan kegiatan Muhammadiyah memerlukan biaya yang berterusan, perniagaan digiatkan bagi menampung kesinambungan dana seperti Muhammadiyah Travel & Tours, Muhammadiyah Catering & Restaurant, MY2Kids Child Development Centre, Cottage Food Industries Pte. Ltd, Muhammadiyah Events Management.
Majlis Konvensyen diteruskan dengan pembentangan oleh Dr. Ismail Lutfi Japakiya, Rektor Universiti Islam Yala, Thailand. Beliau membentangkan mengenai kehidupan umat Islam di Thailand. Antara yang menarik yang diceritakan oleh beliau ialah bagaimana umat Islam diberikan peluang untuk mengetuai badan antara agama yang dikenali sebagai Inter Religion Council (IRC). IRC adalah satu badan yang menggabungkan kesemua agama di Thailand, dan lebih membanggakan lagi, kesemua wakil-wakil agama, bersepakat melantik Dr. Ismail Lutfi untuk mengetuai badan tersebut. Badan tersebut berfungsi untuk merapatkan hubungan rakyat Thailand yang berbilang bangsa, bahkan badan tersebut bertindak sebagai ko-ordinator mempromosi keamanan untuk bumi Thailand.
Selain daripada itu. Dr. Ismail Lutfi turut berkongsi pengalaman mengetuai Universiti Islam Yala. Pencapaian universiti itu sangatlah membanggakan. Hingga kini, mahasiswa dan mahasiswi di sana bukan lagi hanya terdiri daripada warganegara Thailand, bahkan terdapat pelajar-pelajar dari negara arab yang datang belajar di situ. Kata Ustaz Ismail Lutfi, inilah caranya mereka membalas jasa para ilmuan arab, jika dulu mereka belajar di dunia arab, sekarang mereka menyediakan tempat untuk pelajar-pelajar arab menuntut ilmu.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail disambut dengan istiadat. Manakala ucapan Dato’ Seri Shahidan Kassim digantikan oleh Puan Azihani binti Dato’ Ali daripada Yaysan Pok dan Kassim.
Seterusnya merupakan titah ucapan perasmian oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis.
Majlis diteruskan dengan ucapan khas oleh Dr Ismail Lutfi Japakiya sekali lagi, dengan tajuk beliau “Ummatan Wahidah Dasar Hidup Kita”. Beliau menjelaskan hakikat ummatan wahidah adalah umat yang satu di kalangan semua manusia, atas kebaikan Islam. Kemudian berlakunya perselisihan dan berpecah belah terhadap dakwah para nabi dan rasul berdasarkan tabiat kejadian manusia ciptaan Allah yang selalu berselisih kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah untuk menjadi umat yang satu dan akhirnya lahirlah ummatan wahidah di kalangan orang-orang Islam yang beribadah kepada Allah dengan ketaqwaan.
Beliau juga menekankan beberapa isi penting iaitu ummatan wahidah dari segi sunnatullah iaitu kehendak Allah untuk menguji hambaNya mengenai Kitab Allah yang dibawa kepada manusia. Selain itu, ummatan wahidah dari segi dakwah/syariat Allah iaitu hakikat ummatan wahidah ialah beribadah kepada Allah selaku tuhannya dengan penuh ketaqwaan. Dan dua cara hidup (ibadah = taqwa) itulah yang merupakan asas perpaduan ummatan wahidah. Terakhir ialah beliau menjelaskan bahawa ummatan wahidah adalah sebaik-baik ummat.  Cara menjadi ummatan wahidah adalah dengan beiltizam dengan agama Allah serta berwala’ antara sesama Muslim.
Majlis diteruskan dengan pembentangan Persatuan Islam (PERSIS) iaitu organisasi Islam terbesar ketiga di Indonesia yang mempunyai hubungan yang saling mempengaruhi dalam sistem kemasyarakatan dan kenegaraan di Indonesia. PERSIS secara rasminya ditbuhkan pada 12 Setember 1923. Organisasi ini bergerak berdasarkan sistem pesantren, sekolah dan universiti.  Pembentang menceritakan bahawa gerakan dakwah PERSIS juga menekankan isu-isu membanterasa khurafat, tahyul dan syirik yang diamalkan oleh penduduk setempat, lalu mendapat kritikan bahawa PERSIS menekankan isu-isu remeh. Sementelahnnya, isu-isu aqidah inilah yang mesti ditekankan dan diberi prioriti utama dalam apa juga dakwah Islamiyyah yang dijalankan.
Seterusnya ialah pembentangan oleh Ustaz Abdul Wahab daripada Muhammadiyah International, yang berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Organisasi ini menjalankan misi dakwah kepada bukan Islam di kawasan pedalaman orang asli di Malaysia seperti di Sungai Siput, Perak, Pahang dan Johor. Selain itu, misi mereka menjangkau sehingga luar Malaysia di negara Indo-China seperti Tahiland, Laos, Kemboja dan Myanmar. Sebagaimana  yang kita ketahui, penduduk Muslim di negara-negara ini adalah minoriti dan nisbahnya dengan penduduk bukan Islam adalah sangat kecil. Ustaz Abdul Wahab menceritakan pengalaman beliau di suatu kawasan di Kemboja di mana penduduk Islam di sana yang sangat melarat hidup mereka, sehingga mereka kembali murtad. Pembentangan beliau sungguh menyentuh perasaan dan beliau sendiri menitiskan air mata kesedihan yang teramat atas musibah murtad yang melanda saudara-saudara di sana. Tetapi Alhamdulillah, misi mereka telah berjaya mengembalikan saudara-saudara ini kepada aqidah Islam semula. Kata-kata akhir Ustaz Abdul Wahab, berbunyi “ Sungai Mekong akan menjadi tempat berwudhuk” merupakan kata-kata simbolik yang memberi maksud, mereka bermatlamat menjalankan misi dakwah di negara Indo-China sehingga umat Islam akan bertambah ramai di sana.
Seterusnya ialah pembentangan oleh Ustaz Razali daripada Institut Al-Mizan, Terengganu. Beliau menceritakan tentang sistem pendidikan yang digunakan di pusat pengajian tahfiz al-Quran yang diketuai beliau. Antara yang menarik ialah di mana beliau menceritakan bahawa di sana, pelajar didedahkan dengan ilmu perbandingan antara agama (Comparative Religion/Muqaranul Adyan). Tujuannya adalah agar umat Islam tidak tersilap di dalam memahami agama orang lain.
Majlis berakhir pada jam 1 tengahari dan ditangguhkan dengan tasbih kaffarah, serta sesi fotografi.
Ummah Yang Satu- Dasar Hidup Kita- Dr. Ismail Lutfi
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Di  bawah ini, saya kongsikan teks ucapan Al-Fadhil Dr. Ismail Lutfi,  Rektor Universiti Islam Yala, Thailand yang disampaikan di dalam majlis  Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat. Insya-allah selepas ini kita  akan kongsikan pula ringkasan info-info daripada pembentangan yang  disampaikan wakil Muhammadiah International, Muhammadiah Singapura dan  PERSIS. INTIS telah menghantar 5 orang wakil untuk menghadiri konvensyen  tersebut.
‘UMATAN WAHIDAH’ DASAR HIDUP KITA
(Dr. Ismail Lutfi)
Alhamdulillah Segala Puji Bagi ALLAH.
Sebagai    menyahuti permintaan ikhwah (saudara-saudara) kita dari negeri Perlis    untuk memberi saham dalam Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat  pada   hari Ahad 29 Zulhijjah 1431 H bersamaan 5 Disember 20101 anjuran   Majlis  Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan Kerjasama   Yayasan Pok  dan Kassim, yang bertema ‘Membina Kekuatan Umat’. Sukacita   saya secara  sepintas lalu menyediakan sebuah maqalah ringkas untuk   dibentang dalam  konvensyen tersebut sebagai berikut:
1) Hakikat Umatan Wahidah:
Umatan   Wahidah dikalangan  semua manusia pada mulanya adalah umat yang satu,   satu di atas  kebaikkan Al-Islam. Kemudian berlakunya berselisihan dan    berpecah-belah terhadap dakwah para Nabi dan Rasul berdasarkan tabiat    kejadian manusia ciptaan Allah yang selalu berselisihan dan    berpecah-belah kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah untuk    menjadi umat yang satu dan akhirnya lahirlah Umatan wahidah dikalangan    orang-orang Islam yang beribadah kepada Allah dengan cukup taqwa.
2) Perselisihan dan persatuan umat
Asal   kejadian manusia menurut  Sunnatullah adalah berselisihan kecuali   orang-orang yang di rahmati  Allah, Firman Allah  (Surah Hud 118-119)
Maksudnya: Dan    jika Tuhan-mu menghendaki tentulah Dia menjadikan manusia umat yang    satu (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah  mereka terus    menerus berselisihan kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh    Tuhan-mu (supaya menerima Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad    s.a.w dan berpegang dengannya). Dan untuk (perselisihan dan rahmat)    itulah Allah mencipta mereka.
Allah tidak   menghendaki  supaya sekalian manusia menjadi umat yang satu, lalu berlaku    perselisihan di antara manusia yang menyebabkan lahirnya agama yang    banyak.
Rahmat Allah adalah sebab kesatuan umat di atas jalan yang diredhai Allah di tengah-tengah perselisihan manusia.
Itulah Sunatullah disgi kejadian manusia iaitu:
Rahmat Allah ialah Al-Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Asas Al-Islam ialah (أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلِهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا َرَسُوْلُ اللهُ )
Allah
Kitabullah
Rasulullah
Itulah   asas-asas rahmat  Al-Islam selaku sebab kepada kesatuan umat. Adapun   orang-orang tidak  dirahmati Allah maka mereka itu adalah orang yang   zalim yang sentiasa  berselisihan dalam hidup.
Itulah antara rahsia doa:
Maksudnya:   Mereka berdua (Adam  dan Hawa) berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kami telah   menzalimi diri kami  sendiri dan jika engkau tidak ampun dosa-dosa kami   dan tidak kurnia  rahmat kepada kami tentulah kami termasuk dalam   golongan orang-orang  yang rugi” (Al-A’raf: 23)
Maksudnya:   Dan berdoalah  (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku,   berikanlah ampun dan  kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja   sebaik-baik Pemberi  rahmat” (Al-Mukminun: 118 )
Berkata Ibnu Katsir (r.h) inilah ajaran Allah supaya kita berdoa dengannya
(Al-Ghafar) – maknanya, Penghapusan dosa dan penutupannya diri manusia.
(Ar-Rahmah) – maknanya Betul dan mendapat Taufiq pada perkataan dan perbuatan.
3) Umatan Wahidah dari segi Sunnatullah
Demikianlah penegasan Allah mengenai hakikat “Umatan Wahidah” dari firman Allah:
Maksudnya:   Dan jika Allah  menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat   (yang bersatu  dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak   menghendaki  dengan demikian itu)bahkan Dia akan memasukkan sesiapa yang    dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah    ditetapkan); dan orang-orang yang zalim(iaitu orang-orang tidak di    rahmati Allah) tidak ada bagi mereka  sesiapapun yang dapat memberikan    perlindungan dan pertolongan.(AS-Syuura:8)
Maksudnya: Dan   jika Allah  menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang   bersatu  dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan   sesiapa  yang dikehendakiNya. dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang    dikehendakiNya);dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa    yang kamu telah kerjakan. (An-Nahl: 93)
Manakala maksud Surah Al-Maidah ayat 48: “ Dan    jika sekiranya Allah menghendaki nescaya dia menjadika kamu satu umat    (yang bersatu dalam agama Allah yang satu) akan tetapi (Dia tidak    menghendaki yang demikian adalah) supaya dia menguji kamu dalam menerima    kitab Al-Quran yang Dia bawa dating kepada kamu, Oleh itu maka    nberlumba-lumba-lah kamu berbuat kebajikan (iaitu mentaati Allah dengan    mengikut syariatnya yang menansakhkan syariat yang sebelumnya). Kepada    Allah jua tempat kembali kamu semuanya, Maka Dia memberitahu kepada   kamu  (mana yang benar dan mana yang salah)mengenai perkara yang kamu    berselisih padanya”.
Maksudnya: Dan jika Tuhanmu    menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi.    (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang    ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula    hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
Intisari ayat:
Allah tidak menghendaki di sudut kejadian supaya manusia ini menjadi hanya satu umat.
Kehendak   Allah dengan demikian itu untuk mengujikan hambanya  mengenai Kitab   Allah yang di bawa datang kepada kamu maka hendaklah  masing-masing   berlumba dalam berbuat kebaikan (melalui ajaran  Al-Quran).
Allah   lah yang memasukkan sesiapa yang Ia kehendaki ke dalam  rahmat-Nya   melalui hidayah-Nya yang memandu ke jalan kesatuan umat  Islam yang   sebenar iaitu kesatuan umat di atas syariat Allah dan  Sunnah Rasul-Nya   s.a.w.
Orang-orang yang zalim tidak ada baginya perlindungan dan pertolongan Allah.
Manusia   yang zalim akan tetap disoal oleh Allah mengenai apa yang  dilakukan   secara zalim, terutama orang-orang yang kezalimannya bukan  sahaja   menyekat jalannya seorang sahaja tetapi menyekat pula  jalan-jalan orang   lainmenuju rahmat Allah yang natijahnya ialah  sentiasa berselisihan,   berpuakan, berpecahan dan huru hara dunia dan  akhirat.
4) Umatan Wahidah di segi dakwah/syariat Allah
Sekalian    orang Islam adalah ‘Umatan Wahidah’ yang membawa tugas ibadah dengan    cukup taqwa kepada Allah. Firman Allah dari Surah Al-Anbiyaa’ 92-93  yang   bermaksud:
“ Seseungguhnya  agama Islam inilah agama kamu   semua, agama yang satu (umatan Wahidah)  dan Aku-lah tuhan kamu! Maka   beribadahlah kepada Aku (tetapi  kebanyakkan manusia masih berselisih)   dan berpecah-belah dalam urusan  agama mereka. (Ingatlah) mereka sekalian   akan kembali kepada Kami  (untuk menerima balasan) ”
Firman Allah:
Maksudnya:   Dan sesungguhnya  agama Tauhid ( yang dibawa Rasul Allah) ini adalah   agama kamu semua,  agama yang satu (Umatan Wahidah) dan aku adalah   tuhanmua maka  bertaqwalah kepada Aku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut   rasul itu)  berpecah-belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan   berbangga  dengan apa yang ada di sisi mereka masing-masing.   (Al-Mukminun:52-53)
Intisari Ayat:
Hakikat ‘umatan wahidah’ ialah beribadah kepada Allah selaku tuhannya dengan cukup taqwa.
Dua cara hidup (ibadah + taqwa) itulah yang merupakan asas perpaduan Umatan Wahidah.
5) Umatan Wahidah adalah KhairulUmmah
Firman Allah:
Maksudnya:   Kamu (wahai umat  Muhammad, Umatan Wahidah)adalah sebaik-baik umat yang   dikeluarkan  untuk maslahah umat manusia (tugasnya ialah) kamu menyuruh   berbuat  baik dan kamu melarang daripada berbuat jahat serta kamu  beriman   kepada Allah 9dengan sebenar-benar iman). (surah Aali-Imran:  110)
6) Perpecahan yang terpelajar
Islam    menekan penganutnya supaya menjadi Umatan Wahidah serta melarang    umatnya dari berpecah-belah. Berpecah-belah adalah biasanya hasil dari    perselisihan tetapi bukanlah setiap perselisihan itu perpecahan.    Semata-mata perselisihan yang bukan hasil dari sebab perpecahan adalah    Sunatullah yang sering berlaku dan ia bukanlah semua tercela.
Maksudnya:   Dan janganlah kamu  menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani)   yang telah  berpecah-belah dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah   datang  kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (dari Allah   dan  rasul-Nya), Dan mereka itu akan beroleh azab seksa yang besar.    (Aali-Imran:105)
Maksud Surah As-Syura ayat 13: “Bahawa hendaklah kamu dirikan Ad-Din (Al-Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah”.
Manakala dalam ayat 14 pula, “Dan    umat tiap-tiap rasul itu tidak berpecah-belah dan berselisih (dalam    menjalankan hidup beragama) melainkan setelah sampai kepada mereka    ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui, berlakunya hal itu adalah    semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri”.
7) Cara menjadi Umatan Wahidah
-          Beri’tizam dengan agama Allah.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Al_Islam) dan janganlah berpecah-belah” (Aali-Imran: 103)
“Janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain maka kamu akan berpecah-belah menyeleweng dari jalan yang lurus” (Al-An’am: 153)
Maksudnya:   Sebenarnya  orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, kerana itu    damaikanlah di  antara dua saudaramu dan bertaqwa-lah kepada Allah   supaya kamu beroleh  rahmat.(Al-Hujurat:10)
-          Berwala’ antara sesama Muslim
Maksudnya:   Dan orang-orang   yang beriman , lelaki dan perempuan , sebahagian   mereka (adalah)  menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh   (mengerjakan)  yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat,   menunaikan  zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka  itu  akan  diberi rahmat oleh Allah! Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi   Maha  Bijaksana. (At-Taubah: 71)
Kehilangan ‘Umatan Wahidah’ yang selaku Khairul Ummah dalam memimpin manusia kerugian umat sejagat.
Akhir sekali terimalah beberapa hakikat Firman Allah:
Maksud Surah Aali-Imran ayat 101: “Dan    sesiapa yang berpegang teguh kepada ajaran Allah (kitab-nYa dan  sunnah   rasul-Nya) maka, Sesungguhnya ia telah beroleh pertunjuk  hidayah ke   jalan yang lurus”.
Manakala maksud surah Al-Insan (ayat:31), “Allah    memasukkan setiap yang dikehendaki (menurut peraturan yang  ditetapkan)   ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan di dalam syurga)  dan  orang-orang  yang zalim Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang   tidak teperi  sakitnya”.
Marilah  sama-sama  kita  berkerjasama dalam menghayati hakikat Umatan Wahidah  sebagai  dasar hidup  kita demi melahirkan (Khairul Ummah) yang bertugas   menyebarkan Islam  kepada sekalian alam.
Terima kasih  kepada semua pihak  yang berkenaan dalam menjayakan  Konvensyen  Pemikir-Pemikir Islam Sejagat  di kali ini dan kepada  Ikwan/Akhawat yang  turut serta dari  negeri-negeri Asia.
Keutamaan 10 Awal Bulan Zulhijjah
Ustaz Muhammad AbduhAlhamdulillah, Allah subhanahu wa ta’ala masih memberikan kita berbagai macam nikmat, kita pun diberi anugerah berjumpa dengan bulan Zulhijjah. Berikut kami akan menjelasakan keutamaan beramal di awal bulan Zulhijjah dan apa saja amalan yang dianjurkan ketika itu. Semoga bermanfaat.
Keutamaan Sepuluh Hari di Awal Bulan Zulhijjah
Di antara yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah hadits Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».
“Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.”[1]
Di antaranya lagi yang menunjukkan keutamaan hari-hari tersebut adalah firman Allah Ta’ala,
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Dan demi malam yang sepuluh.” (QS. Al Fajr: 2). Di sini Allah menggunakan kalimat sumpah. Ini menunjukkan keutamaan sesuatu yang disebutkan dalam sumpah.[2] Makna ayat ini, ada empat tafsiran daripada para ulama iaitu: sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, sepuluh hari pertama bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama bulan Muharram.[3] Malam (lail) kadang-kala juga digunakan untuk menyebut hari (yaum), sehingga ayat tersebut boleh dimaksudkan dengan sepuluh hari Zulhijjah.[4] Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan bahawa tafsiran yang menyebut sepuluh hari Zulhijjah, itulah yang lebih tepat. Pendapat ini dipilih oleh majoriti pakar tafsir daripada para salaf dan selain mereka, juga menjadi pendapat Ibnu ‘Abbas.[5]
Keutamaan Beramal di Sepuluh Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.”[6]
Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan, “Hadits ini menunjukkan bahawa amalan di sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari lainnya dan di sini tidak ada pengecualian. Jika dikatakan bahawa amalan di hari-hari tersebut lebih dicintai oleh Allah, itu menunjukkan bahawa beramal di waktu itu adalah sangat utama di sisi-Nya.”[7]
Bahkan jika seseorang melakukan amalan yang mafdhul (kurang utama) di hari-hari tersebut, maka boleh jadi ia lebih utama daripada seseorang melakukan amalan yang utama di selain sepuluh hari awal bulan Zulhijjah. Ini kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya, “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Beliau pun menjawab, “Tidak pula jihad di jalan Allah.” Lalu beliau memberi pengecualian iaitu jihad dengan mengorbankan jiwa raga. Padahal jihad sudah kita ketahui bahawa ia adalah amalan yang mulia dan utama. Namun amalan yang dilakukan di awal bulan Zulhijjah tidak kalah walaupun dibandingkan dengan jihad, walaupun amalan tersebut adalah amalan mafdhul (yang kurang utama) berbanding jihad.[8]
Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan, “Hal ini menunjukkan bahawa amalan mafdhul (yang kurang utama) jika dilakukan di waktu afdhal (utama) untuk beramal, maka itu akan menyaingi amalan afdhal (amalan utama) di waktu-waktu lainnya. Amalan yang dilakukan di waktu afdhal untuk beramal akan memiliki pahala berlebih kerana pahalanya yang akan dilipatgandakan.”[9] Mujahid menyatakan, “Amalan di sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah akan dilipatgandakan.”[10]
Sebahagian ulama menyatakan bahawa amalan pada setiap hari di awal Zulhijjah sama dengan amalan satu tahun. Bahkan ada yang menyatakan sama dengan 1000 hari, sedangkan hari Arafah sama dengan 10.000 hari. Keutamaan ini semua berlandaskan pada riwayat fadha’il yang lemah (dha’if). Namun hal ini tetap menunjukkan keutamaan beramal pada awal Zulhijjah berdasarkan hadits sahih seperti hadits Ibnu ‘Abbas yang disebutkan di atas.[11]
Amalan yang Dianjurkan di Sepuluh Hari Pertama Awal Zulhijjah
Keutamaan sepuluh hari awal Zulhijjah berlaku untuk amalan apa saja, tidak terbatas pada amalan tertentu, sehingga amalan tersebut boleh jadi solat, sedekah, membaca Al Qur’an, dan amalan soleh lainnya.[12] Di antara amalan yang dianjurkan di awal Zulhijjah adalah amalan puasa. Dari Hunaidah bin Kholid, dari isterinya, beberapa isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan,
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya[13], …”[14]
Di antara sahabat yang megamalkan puasa selama sembilan hari awal Zulhijjah adalah Ibnu ‘Umar. Ulama lain seperti Al Hasan Al Bashri, Ibnu Sirin dan Qatadah juga menyebutkan keutamaan berpuasa pada hari-hari tersebut. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama. [15]
Namun ada sebuah riwayat dari ‘Aisyah yang menyebutkan,
مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَائِمًا فِى الْعَشْرِ قَطُّ
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada sepuluh hari bulan Zulhijjah sama sekali.”[16] Mengenai riwayat ini, para ulama memiliki beberapa penjelasan.
Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggalkan puasa ketika itu –padahal baginda saw suka melakukannya- kerana khuatir umatnya menganggap puasa tersebut wajib.[17]
Imam Ahmad bin Hambal menjelaskan bahawa ada riwayat yang menyebutkan hal yang berbeza dengan riwayat ‘Aisyah di atas. Lantas beliau menyebutkan riwayat Hafshoh yang menyatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkan puasa pada sembilan hari awal Zulhijjah. Sebahagian ulama menjelaskan bahawa jika ada pertentangan antara perkataan ‘Aisyah yang menyatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa sembilan hari Zulhijjah dan perkataan Hafshoh yang menyatakan bahawa beliau malah tidak pernah meninggalkan puasa sembilan hari Zulhijjah, maka yang dimenangkan adalah perkataan yang menetapkan adanya puasa sembilan hari Zulhijjah.
Namun dalam penjelasan lainnya, Imam Ahmad menjelaskan bahawa maksud riwayat ‘Aisyah adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa penuh selama sepuluh hari Zulhijjah. Sedangkan maksud riwayat Hafshoh adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa di majoriti hari yang ada. Jadi, hendaklah berpuasa di sebahagian hari dan berbuka di sebahagian hari lainnya.[18]
Kesimpulan: Boleh berpuasa penuh selama sembilan hari bulan Zulhijjah (dari tanggal 1 sampai 9 Zulhijjah) atau berpuasa pada sebahagian harinya.
Catatan: Kadang-kala dalam hadits disebutkan berpuasa pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Yang dimaksudkan adalah majoriti dari sepuluh hari awal Zulhijjah, hari Idul Adha tidak termasuk di dalamnya dan tidak diperbolehkan berpuasa pada hari ‘Ied.[19]
Keutamaan Hari Arafah
Di antara keutamaan hari Arafah (9 Zulhijjah) disebutkan dalam hadits berikut,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah di hari Arafah (iaitu untuk orang yang berada di Arafah). Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”[20]
Itulah keutamaan orang yang berhaji. Saudara-saudara kita yang sedang wukuf di Arafah saat ini telah rela meninggalkan sanak keluarga, negeri, telah pula menghabiskan hartanya, dan tubuh mereka pula dalam keadaan letih. Yang mereka inginkan hanyalah keampunan, keredhaan, dekat dan berjumpa dengan Rabbnya. Cita-cita mereka yang berada di Arafah inilah yang akan mereka perolehi. Darjat mereka pun akan tergantung pada niat mereka masing-masing.[21]
Keutamaan yang lainnya, hari Arafah adalah waktu mustajabnya do’a.  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.”[22] Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan.[23] Jadi hendaklah kaum muslimin memanfaatkan waktu ini untuk banyak berdoa pada Allah. Do’a pada hari Arafah adalah do’a yang mustajab kerana dilakukan pada waktu yang utama.
Jangan Tinggalkan Puasa Arafah
Bagi orang yang tidak melakukan haji , dianjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”[24] Hadits ini menunjukkan bahawa puasa Arafah lebih utama daripada puasa ‘Asyura. Di antara alasannya, Puasa Asyura berasal daripada Nabi Musa, sedangkan puasa Arafah berasal daripada Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam.[25] Keutamaan puasa Arafah adalah  iaakan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau boleh pula yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya darjat.[26]
Akan tetapi untuk orang yang berhaji tidak dianjurkan melaksanakan puasa Arafah.
Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَفْطَرَ بِعَرَفَةَ وَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ أُمُّ الْفَضْلِ بِلَبَنٍ فَشَرِبَ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa ketika di Arafah. Ketika itu baginda saw diberikan minuman susu, baginda pun meminumnya.”[27]
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar bahawa beliau ditanya mengenai puasa hari Arafah di Arafah. Beliau menyatakan,
حَجَجْتُ مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِى بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ. وَأَنَا لاَ أَصُومُهُ وَلاَ آمُرُ بِهِ وَلاَ أَنْهَى عَنْهُ
“Aku pernah berhaji bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda tidak menunaikan puasa pada hari Arafah. Aku pun pernah berhaji bersama Abu Bakr, beliau pun tidak berpuasa ketika itu, begitu juga dengan Umar , beliau pun tidak berpuasa ketika itu, begitu pula dengan ‘Utsman, beliau tidak berpuasa ketika itu. Aku pun tidak mengerjakan puasa Arafah ketika itu. Aku pun tidak memerintahkan orang lain untuk melakukannya. Aku pun tidak melarang jika ada yang melakukannya.”[28]
Dari sini, yang lebih utama bagi orang yang sedang berhaji adalah tidak berpuasa ketika hari Arafah di Arafah dalam rangka meneladani Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Khulafa’ur Rosyidin (Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Utsman),ia  juga bertujuan agar lebih menguatkan diri di dalam berdo’a dan berdzikir ketika wukuf di Arafah. Inilah pendapat majoriti ulama.[29]
Puasa Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)
Ada riwayat yang menyebutkan,
صَوْمُ يَوْمَ التَّرْوِيَّةِ كَفَارَةُ سَنَة
“Puasa pada hari tarwiyah (8 Zulhijjah) akan mengampuni dosa setahun yang lalu.”
Ibnul Jauzi menyatakan bahawa hadits ini tidak sahih.[30] Asy Syaukani menyatakan bahawa hadits ini tidak sahih dan dalam riwayatnya ada perawi yang pendusta.[31] Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini dhaif (lemah).[32]
Oleh kerana itu, tidak perlu berniat khusus untuk berpuasa pada tanggal 8 Zulhijjah kerana hadisnya dha’if (lemah). Namun jika berpuasa kerana mengamalkan keumuman hadits sahih yang menjelaskan keutamaan berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, maka itu diperbolehkan. Wallahu a’lam.
Demikian perbahasan kami mengenai amalan di awal Zulhijjah.
Diselesaikan di Panggang, Gunung Kidul, 27 Dzulqo’dah 1430 H
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com
[1] HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat al-Bukhari-Muslim.
[2] Lihat Taisir Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, hal. 923, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, tahun 1420 H.
[3] Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, 6/153, Mawqi’ At Tafasir.
[4] Lihat Tafsir Juz ‘Amma, Syaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Utsaimin, hal. 159, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan tahun 1424 H.
[5] Latho-if Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 469, Al Maktab Al Islamiy, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[6] HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat Bukhari-Muslim.
[7] Latho-if Al Ma’arif, hal. 456.
[8] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 457 dan 461.
[9] Idem
[10] Latho-if Al Ma’arif, hal. 458.
[11] Idem
[12] Lihat Tajridul Ittiba’, Syaikh Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhailiy, hal. 116, 119-121, Dar Al Imam Ahmad.
[13] Yang jadi rujukan di sini adalah bulan Hijriyah, bukan bulan Masihi.
[14] HR. Abu Daud no. 2437. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih.
[15] Latho-if Al Ma’arif, hal. 459.
[16] HR. Muslim no. 1176, dari ‘Aisyah
[17] Fathul Bari, 3/390, Mawqi’ Al Islam
[18] Latho-if Al Ma’arif, hal. 459-460.
[19] Lihat Fathul Bari, 3/390 dan Latho-if Al Ma’arif, hal. 460.
[20] HR. Muslim no. 1348, dari ‘Aisyah.
[21] Lihat Mirqotul Mafatih Syarh Misykatul Mashobih, Al Mala ‘Alal Qori, 9/65,Mawqi’ Al Misykah Al Islamiyah.
[22] HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini hasan.
[23] Lihat Tuhfatul Ahwadziy, Muhammad ‘Abdurrahman bin ‘Abdurrahim Al Mubarakfuri Abul ‘Ala, 8/482, Mawqi’ Al Islam.
[24] HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah.
[25] Lihat Fathul Bari, 6/286.
[26] Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 4/179, Mawqi’ Al Islam.
[27] HR. Tirmidzi no. 750. At Tirmidzi menyatakan bahawa hadits tersebut hasan sahih. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih
[28] HR. Tirmidzi no. 751. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih.
[29] Lihat Sahih Fiqih Sunnah, Abu Malik, 2/137, Al Maktabah At Taufiqiyah.
[30] Lihat Al Mawdhu’at, 2/565, dinukil dari http://dorar.net
[31] Lihat Al Fawa-id Al Majmu’ah, hal. 96, dinukil dari http://dorar.net
[32] Lihat Irwa’ul Gholil no. 956.
http://www.rumaysho.com/belajar-islam/amalan/2778-meraih-limpahan-pahala-di-awal-Zulhijjah.html
Keutamaan 10 Awal Zulhijjah
Ustaz Muhammad AbduhAlhamdulillah, Allah subhanahu wa ta’ala masih memberikan kita berbagai macam nikmat, kita pun diberi anugerah berjumpa dengan bulan Zulhijjah. Berikut kami akan menjelasakan keutamaan beramal di awal bulan Zulhijjah dan apa saja amalan yang dianjurkan ketika itu. Semoga bermanfaat.
Keutamaan Sepuluh Hari di Awal Bulan Zulhijjah
Di antara yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah hadits Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».
“Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.”[1]
Di antaranya lagi yang menunjukkan keutamaan hari-hari tersebut adalah firman Allah Ta’ala,
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Dan demi malam yang sepuluh.” (QS. Al Fajr: 2). Di sini Allah menggunakan kalimat sumpah. Ini menunjukkan keutamaan sesuatu yang disebutkan dalam sumpah.[2] Makna ayat ini, ada empat tafsiran daripada para ulama iaitu: sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, sepuluh hari pertama bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama bulan Muharram.[3] Malam (lail) kadang-kala juga digunakan untuk menyebut hari (yaum), sehingga ayat tersebut boleh dimaksudkan dengan sepuluh hari Zulhijjah.[4] Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan bahawa tafsiran yang menyebut sepuluh hari Zulhijjah, itulah yang lebih tepat. Pendapat ini dipilih oleh majoriti pakar tafsir daripada para salaf dan selain mereka, juga menjadi pendapat Ibnu ‘Abbas.[5]
Keutamaan Beramal di Sepuluh Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.”[6]
Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan, “Hadits ini menunjukkan bahawa amalan di sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari lainnya dan di sini tidak ada pengecualian. Jika dikatakan bahawa amalan di hari-hari tersebut lebih dicintai oleh Allah, itu menunjukkan bahawa beramal di waktu itu adalah sangat utama di sisi-Nya.”[7]
Bahkan jika seseorang melakukan amalan yang mafdhul (kurang utama) di hari-hari tersebut, maka boleh jadi ia lebih utama daripada seseorang melakukan amalan yang utama di selain sepuluh hari awal bulan Zulhijjah. Ini kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya, “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Beliau pun menjawab, “Tidak pula jihad di jalan Allah.” Lalu beliau memberi pengecualian iaitu jihad dengan mengorbankan jiwa raga. Padahal jihad sudah kita ketahui bahawa ia adalah amalan yang mulia dan utama. Namun amalan yang dilakukan di awal bulan Zulhijjah tidak kalah walaupun dibandingkan dengan jihad, walaupun amalan tersebut adalah amalan mafdhul (yang kurang utama) berbanding jihad.[8]
Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan, “Hal ini menunjukkan bahawa amalan mafdhul (yang kurang utama) jika dilakukan di waktu afdhal (utama) untuk beramal, maka itu akan menyaingi amalan afdhal (amalan utama) di waktu-waktu lainnya. Amalan yang dilakukan di waktu afdhal untuk beramal akan memiliki pahala berlebih kerana pahalanya yang akan dilipatgandakan.”[9] Mujahid menyatakan, “Amalan di sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah akan dilipatgandakan.”[10]
Sebahagian ulama menyatakan bahawa amalan pada setiap hari di awal Zulhijjah sama dengan amalan satu tahun. Bahkan ada yang menyatakan sama dengan 1000 hari, sedangkan hari Arafah sama dengan 10.000 hari. Keutamaan ini semua berlandaskan pada riwayat fadha’il yang lemah (dha’if). Namun hal ini tetap menunjukkan keutamaan beramal pada awal Zulhijjah berdasarkan hadits sahih seperti hadits Ibnu ‘Abbas yang disebutkan di atas.[11]
Amalan yang Dianjurkan di Sepuluh Hari Pertama Awal Zulhijjah
Keutamaan sepuluh hari awal Zulhijjah berlaku untuk amalan apa saja, tidak terbatas pada amalan tertentu, sehingga amalan tersebut boleh jadi solat, sedekah, membaca Al Qur’an, dan amalan soleh lainnya.[12] Di antara amalan yang dianjurkan di awal Zulhijjah adalah amalan puasa. Dari Hunaidah bin Kholid, dari isterinya, beberapa isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan,
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya[13], …”[14]
Di antara sahabat yang megamalkan puasa selama sembilan hari awal Zulhijjah adalah Ibnu ‘Umar. Ulama lain seperti Al Hasan Al Bashri, Ibnu Sirin dan Qatadah juga menyebutkan keutamaan berpuasa pada hari-hari tersebut. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama. [15]
Namun ada sebuah riwayat dari ‘Aisyah yang menyebutkan,
مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَائِمًا فِى الْعَشْرِ قَطُّ
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada sepuluh hari bulan Zulhijjah sama sekali.”[16] Mengenai riwayat ini, para ulama memiliki beberapa penjelasan.
Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggalkan puasa ketika itu –padahal baginda saw suka melakukannya- kerana khuatir umatnya menganggap puasa tersebut wajib.[17]
Imam Ahmad bin Hambal menjelaskan bahawa ada riwayat yang menyebutkan hal yang berbeza dengan riwayat ‘Aisyah di atas. Lantas beliau menyebutkan riwayat Hafshoh yang menyatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkan puasa pada sembilan hari awal Zulhijjah. Sebahagian ulama menjelaskan bahawa jika ada pertentangan antara perkataan ‘Aisyah yang menyatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa sembilan hari Zulhijjah dan perkataan Hafshoh yang menyatakan bahawa beliau malah tidak pernah meninggalkan puasa sembilan hari Zulhijjah, maka yang dimenangkan adalah perkataan yang menetapkan adanya puasa sembilan hari Zulhijjah.
Namun dalam penjelasan lainnya, Imam Ahmad menjelaskan bahawa maksud riwayat ‘Aisyah adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa penuh selama sepuluh hari Zulhijjah. Sedangkan maksud riwayat Hafshoh adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa di majoriti hari yang ada. Jadi, hendaklah berpuasa di sebahagian hari dan berbuka di sebahagian hari lainnya.[18]
Kesimpulan: Boleh berpuasa penuh selama sembilan hari bulan Zulhijjah (dari tanggal 1 sampai 9 Zulhijjah) atau berpuasa pada sebahagian harinya.
Catatan: Kadang-kala dalam hadits disebutkan berpuasa pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Yang dimaksudkan adalah majoriti dari sepuluh hari awal Zulhijjah, hari Idul Adha tidak termasuk di dalamnya dan tidak diperbolehkan berpuasa pada hari ‘Ied.[19]
Keutamaan Hari Arafah
Di antara keutamaan hari Arafah (9 Zulhijjah) disebutkan dalam hadits berikut,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah di hari Arafah (iaitu untuk orang yang berada di Arafah). Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”[20]
Itulah keutamaan orang yang berhaji. Saudara-saudara kita yang sedang wukuf di Arafah saat ini telah rela meninggalkan sanak keluarga, negeri, telah pula menghabiskan hartanya, dan tubuh mereka pula dalam keadaan letih. Yang mereka inginkan hanyalah keampunan, keredhaan, dekat dan berjumpa dengan Rabbnya. Cita-cita mereka yang berada di Arafah inilah yang akan mereka perolehi. Darjat mereka pun akan tergantung pada niat mereka masing-masing.[21]
Keutamaan yang lainnya, hari Arafah adalah waktu mustajabnya do’a.  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.”[22] Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan.[23] Jadi hendaklah kaum muslimin memanfaatkan waktu ini untuk banyak berdoa pada Allah. Do’a pada hari Arafah adalah do’a yang mustajab kerana dilakukan pada waktu yang utama.
Jangan Tinggalkan Puasa Arafah
Bagi orang yang tidak melakukan haji , dianjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”[24] Hadits ini menunjukkan bahawa puasa Arafah lebih utama daripada puasa ‘Asyura. Di antara alasannya, Puasa Asyura berasal daripada Nabi Musa, sedangkan puasa Arafah berasal daripada Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam.[25] Keutamaan puasa Arafah adalah iaakan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau boleh pula yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya darjat.[26]
Akan tetapi untuk orang yang berhaji tidak dianjurkan melaksanakan puasa Arafah.
Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَفْطَرَ بِعَرَفَةَ وَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ أُمُّ الْفَضْلِ بِلَبَنٍ فَشَرِبَ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa ketika di Arafah. Ketika itu baginda saw diberikan minuman susu, baginda pun meminumnya.”[27]
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar bahawa beliau ditanya mengenai puasa hari Arafah di Arafah. Beliau menyatakan,
حَجَجْتُ مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِى بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ. وَأَنَا لاَ أَصُومُهُ وَلاَ آمُرُ بِهِ وَلاَ أَنْهَى عَنْهُ
“Aku pernah berhaji bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda tidak menunaikan puasa pada hari Arafah. Aku pun pernah berhaji bersama Abu Bakr, beliau pun tidak berpuasa ketika itu, begitu juga dengan Umar , beliau pun tidak berpuasa ketika itu, begitu pula dengan ‘Utsman, beliau tidak berpuasa ketika itu. Aku pun tidak mengerjakan puasa Arafah ketika itu. Aku pun tidak memerintahkan orang lain untuk melakukannya. Aku pun tidak melarang jika ada yang melakukannya.”[28]
Dari sini, yang lebih utama bagi orang yang sedang berhaji adalah tidak berpuasa ketika hari Arafah di Arafah dalam rangka meneladani Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Khulafa’ur Rosyidin (Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Utsman),ia juga bertujuan agar lebih menguatkan diri di dalam berdo’a dan berdzikir ketika wukuf di Arafah. Inilah pendapat majoriti ulama.[29]
Puasa Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)
Ada riwayat yang menyebutkan,
صَوْمُ يَوْمَ التَّرْوِيَّةِ كَفَارَةُ سَنَة
“Puasa pada hari tarwiyah (8 Zulhijjah) akan mengampuni dosa setahun yang lalu.”
Ibnul Jauzi menyatakan bahawa hadits ini tidak sahih.[30] Asy Syaukani menyatakan bahawa hadits ini tidak sahih dan dalam riwayatnya ada perawi yang pendusta.[31] Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini dhaif (lemah).[32]
Oleh kerana itu, tidak perlu berniat khusus untuk berpuasa pada tanggal 8 Zulhijjah kerana hadisnya dha’if (lemah). Namun jika berpuasa kerana mengamalkan keumuman hadits sahih yang menjelaskan keutamaan berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, maka itu diperbolehkan. Wallahu a’lam.
Demikian perbahasan kami mengenai amalan di awal Zulhijjah.
Diselesaikan di Panggang, Gunung Kidul, 27 Dzulqo’dah 1430 H
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com
[1] HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat al-Bukhari-Muslim.
[2] Lihat Taisir Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, hal. 923, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, tahun 1420 H.
[3] Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, 6/153, Mawqi’ At Tafasir.
[4] Lihat Tafsir Juz ‘Amma, Syaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Utsaimin, hal. 159, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan tahun 1424 H.
[5] Latho-if Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 469, Al Maktab Al Islamiy, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[6] HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat Bukhari-Muslim.
[7] Latho-if Al Ma’arif, hal. 456.
[8] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 457 dan 461.
[9] Idem
[10] Latho-if Al Ma’arif, hal. 458.
[11] Idem
[12] Lihat Tajridul Ittiba’, Syaikh Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhailiy, hal. 116, 119-121, Dar Al Imam Ahmad.
[13] Yang jadi rujukan di sini adalah bulan Hijriyah, bukan bulan Masihi.
[14] HR. Abu Daud no. 2437. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih.
[15] Latho-if Al Ma’arif, hal. 459.
[16] HR. Muslim no. 1176, dari ‘Aisyah
[17] Fathul Bari, 3/390, Mawqi’ Al Islam
[18] Latho-if Al Ma’arif, hal. 459-460.
[19] Lihat Fathul Bari, 3/390 dan Latho-if Al Ma’arif, hal. 460.
[20] HR. Muslim no. 1348, dari ‘Aisyah.
[21] Lihat Mirqotul Mafatih Syarh Misykatul Mashobih, Al Mala ‘Alal Qori, 9/65,Mawqi’ Al Misykah Al Islamiyah.
[22] HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini hasan.
[23] Lihat Tuhfatul Ahwadziy, Muhammad ‘Abdurrahman bin ‘Abdurrahim Al Mubarakfuri Abul ‘Ala, 8/482, Mawqi’ Al Islam.
[24] HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah.
[25] Lihat Fathul Bari, 6/286.
[26] Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 4/179, Mawqi’ Al Islam.
[27] HR. Tirmidzi no. 750. At Tirmidzi menyatakan bahawa hadits tersebut hasan sahih. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih
[28] HR. Tirmidzi no. 751. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih.
[29] Lihat Sahih Fiqih Sunnah, Abu Malik, 2/137, Al Maktabah At Taufiqiyah.
[30] Lihat Al Mawdhu’at, 2/565, dinukil dari http://dorar.net
[31] Lihat Al Fawa-id Al Majmu’ah, hal. 96, dinukil dari http://dorar.net
[32] Lihat Irwa’ul Gholil no. 956.
http://www.rumaysho.com/belajar-islam/amalan/2778-meraih-limpahan-pahala-di-awal-Zulhijjah.html
Kem Remaja Gemilang 28/11-3/12
Mukadimah
Assalamualaikum warahmatullahi  wa barakatuh!
Kem Remaja anjuran IQ dan INTIS  kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi  pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang  kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah  SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan  memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah  yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan  slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar  yang berkesan.
Siapa yang layak menyertainya?
Remaja berumur 13 hingga 16 tahun
Apakah yang akan diperolehi  oleh anak-anak yang menyertai program ini?
Peserta akan memahami    tentang asas akidah Islam serta hal-hal yang merosakkan akidah
Peserta akan memahami    tatacara solat dengan dalil-dalil dari hadis yang soheh, bahaya meninggalkan    solat, serta tatacara solat ketika sakit, musafir dan sebagainya.
Peserta akan memahami    zikir dan doa harian yang diamalkan Rasulullah SAW, adab-adab sehariannya.
Memahami akhlak    Islamiah khususnya akhlak dengan ibu bapa
Peserta mampu mensolatkan    jenazah, mengkafaninya, serta memandikan jenazah
Apa kelebihan program  ini?
Lebih 80% aktiviti    di dalam kumpulan, dan hanya sekitar 15-20% sahaja kuliah
Nota-nota disokong    dengan hadis-hadis yang sahih dengan rujukan kitab-kitab yang muktabar
Peserta turut akan    dilatih bergerak secara berkumpulan, melakukan ‘presentation’ sekaligus    melatih teknik komunikasi mereka.
Rekod kemajuan    peserta akan diberikan pada majlis penutup. Sesi perjumpaan ibu bapa    dan fasilitator yang jarang-jarang ditemui di dalam program-program    motivasi yang lain
28 November Ahad/1 Disember  Rabu
08.30 am : Pendaftaran Peserta
09.30 am : Taklimat program  kepada peserta
10.00 am : Ice breaking- sesi  perkenalan dengan ahli kumpulan
10.45 am : LDK 1- Asas Akidah  Islam
12.00 pm : Rehat/Makan tengahari/Persiapan  diri
01.00 pm : Solat Zuhur Berjemaah
02.00 pm : LDK 2- Perkara-perkara  yang membatalkan keIslaman
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : LDK 3- Sunnah-Sunnah  Harian
04.15 pm : Rehat/Solat Asar/Minum  Petang
05.00 pm : Riadah
06.00 pm : Persiapan diri
06.40 pm : Makan Malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07.45 pm          : Kuliah Maghrib- Anak Soleh
08.45 pm : Solat Isya
09.00 pm : LDK 4- Kesempurnaan  bersuci
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir sebelum tidur  dan tidur
29 November Isnin/ 2 Disember  Khamis
04.45 am          : Bangun dan persiap diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am          : Solat Subuh
06.40 am : Halaqah al-Quran
07.30 am          : Riadah
08.00 am : Hemat diri
08.30 am : Sarapan pagi
09.00 am : LDK 5- Kesempurnaan  solat
10.00 am : Rehat
10.15 am          : Sambungan LDK 5
12.30 am : Rehat dan Makan tengahari
01.00 pm : Solat Zohor
02.00 pm : LDK 6- Pengurusan  Jenazah
03.00 pm          : Rehat
03.15 pm          : Persiapan war game
04.00 pm : Bersiap dan bergerak  ke empangan
04.30pm           : Minum petang dan solat Asar
05.00 pm : War Game
06.00 pm          : Bergerak pulang
06.30 pm : Persiap diri dan  makan malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07. 30 pm         : Halaqah al-Quran
08.30 pm  : Solat Isya’
09.00 pm : Sambungan LDK 6-  Pengurusan Jenazah
11.00 pm : Minum malam
11.30 pm : Tidur
30 November 2010 Selasa/  3 Disember 2010 Jumaat
04. 45 am         : Bangun tidur dan persiapan diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.30am           : Riadah
08.00 am : Khidmat diri dan  Sarapan pagi
08.30 am : LDK 7: Persediaan  Presentation Kumpulan
09.15 am          : Presentation setiap kumpulan
10.15 am : Minum pagi
10.30 am : Motivasi Cemerlang  Akademik
12.00 pm          : Rehat
01.00 pm : Solat Zohor
02.00 pm : Ujian Penilaian 1
03.00 pm          : Ujian Penilaian 2
04.00 pm          : Minum petang, persiapan pulang dan solat Asar
05.15 pm : Majlis penutup serta  perjumpaan ibu bapa dan fasilitator
Sila muat turun/download borang penyertaan di bawah:
Borang
Mencari Solusi Jangka Panjang Buang Bayi
Penubuhan Sekolah Harapan di Melaka  menimbulkan reaksi pro dan kontra di kalangan masyarakat. Hakikatnya,  ia adalah salah satu langkah jangka pendek bagi menangani masalah  pembuangan bayi. Akan tetapi usah dilupa tentang proses pencegahan yang  telah Allah Taala terangkan di dalam wahyunya.
Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang lahir daripada perhubungan  seksual di luar nikah. Ada kalanya dia dibuang kerana perasaan malu, dan  kadang-kala kerana tidak mampu menyara kehidupan anak tersebut. Punca  kepada masalah ini ialah zina.
Di dalam al-Quran, Allah Tabaraka Wa Taala  berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu  adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk  [Al Isra’ 17: 32].
Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib  menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang  membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:
Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya  daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua  mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga  berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan  zinanya  berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya  dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada  apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan  berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau  mendustakannya. [Riwayat Muslim]
Pertama:  Menundukkan pandangan. Allah berfirman:  Katakanlah (ya Muhammad)  kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata  mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi  mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan  katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan  pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].
Menjaga pandangan termasuklah  mengelakkan diri daripada menonton video dan gambar-gambar yang membuka  aurat, aksi-aksi memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia  melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan,  drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.
Kedua: Menjaga tutur kata dan pendengaran.  Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang  munasabah. Apatah lagi untuk bergurau sendai hingga membuat lawak-lawak  lucah.
Selain daripada itu, ia juga  mengajar kita bahawa budaya bergayut telefon, sms, chatting dan  sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu  yang terlarang. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak  kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman  istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu  adalah antara mukadimah ke arah zina.
Ketiga: Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki  dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang  tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia  sahih].
Bersentuhan ini boleh  berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan  tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa  segan silu berpelukan di khalayak ramai.
Keempat: Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta  ketika di jalanan.
Abu Said  Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi  Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid  dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:  Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini  kerana  sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan,  tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan. [Sunan Abi Daud, Shaikh  al-Albani menyatakan ia hadis hasan].
Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di  jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah,  bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah  anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi  memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan  berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol  dan zina.
Kelima: Tidak  berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Tidaklah  berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah  syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].
Dalam hadis yang lain: Janganlah seorang  lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya  [al-Bukhari dan Muslim].
Dalil di  atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di  tempat tersembunyi. Budaya dating jelas terlarang berdasarkan  dalil-dalil di atas.
Pintu-pintu  kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi.  Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar  tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan  lain-lain.
Ibu bapa hendaklah  bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di  sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Tabaraka Wa Taala  gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah  keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan  dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.
Mohd Masri Bin Mohd Ramli
870123-14-5541
Pelajar tahun akhir, kuliah Ekonomis  UIAM Gombak
***Penulis adalah  pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Beliau aktif  di dalam bidang kefasilitatoran bersama INTIS Consultant.
Ijma’ Haram Mengucapkan Selamat Hari Krismas
Oleh Ustaz Muhammad Abduh
edit: Abu Usamah
Sebahagian orang memberi alasan bolehnya mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian kerana dianggap sebagai bentuk ihsan (berbuat baik). Dalil yang mereka bawakan adalah firman Allah Ta’ala,
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ [سورة الممتحنة:8].
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah: 8). Inilah di antara alasan untuk membenarkan mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian. Mereka memang membawakan dalil, namun apakah pemahaman yang mereka utarakan itu membenarkan mengucapkan selamat Krismas?
Semoga Allah menolong kami untuk menyingkap tabir manakah yang benar dan manakah yang keliru. Hanya Allah yang beri pertolongan.
Sebab Turun Ayat
Untuk siapa sebab diturunkannya ayat di atas? Dalam hal ini ada beberapa pendapat di kalangan ahli tafsir[1]. Di antara pendapat tersebut adalah yang menyatakan bahawa ayat ini turun pada Asma’ binti Abi Bakr –radhiallahu ‘anhuma-, di mana ibundanya –Qatilah binti ‘Abdil ‘Uzza- yang musyrik[2] dan dia diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk tetap menjalin hubungan dengan ibunya. Ini adalah pendapat daripada ‘Abdullah bin Az Zubair.[3]
Imam Al-Bukhari membawakan Bab dalam kitab Shahihnya “Menjalin hubungan dengan orang tua yang musyrik”. Kemudian Baginda membawakan riwayat berikut, Asma’ mengatakan,
أَتَتْنِى أُمِّى رَاغِبَةً فِى عَهْدِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَسَأَلْتُ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – آصِلُهَا قَالَ « نَعَمْ »
“Ibuku mendatangiku dan dia sangat ingin aku menyambung hubungan dengannya[4]. Kemudian aku menanyakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bolehkah aku tetap menjalin hubungan dengannya? Baginda pun menjawab, “Iya boleh”.” Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan bahawa setelah itu Allah menurunkan firman-Nya (yang ertinya), “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama” (QS. Al Mumtahanah: 8)”[5]
Makna Ayat
Ibnu Jarir Ath Tabari -rahimahullah- mengatakan, “Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik, menjalin hubungan dan berbuat adil dengan setiap orang daripada agama lain yang tidak memerangi kalian dalam agama. Ini kerana Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu”. Setiap orang yang mempunyai sifat dalam ayat ini patut bagi kita berlaku ihsan (baik) padanya. Tidak ada yang diberi keistimewaan daripada yang lainnya.”[6]
Ibnu Kathir -rahimahullah- menjelaskan, “Allah tidak melarang kalian berbuat ihsan (baik) terhadap orang kafir yang tidak memerangi kaum muslimin dalam agama dan juga tidak menolong mengeluarkan wanita dan orang-orang lemah, iaitu Allah tidak melarang untuk berbuat baik dan berbuat adil kepada mereka. Ini kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil.”[7]
Wala’ pada Orang Kafir itu Terlarang
Wala’ tidaklah sama dengan berlaku ihsan (baik). Wala’ secara istilah bermakna menolong, memuliakan dan setia dengan orang yang dicintai.[8] Sehingga wala’pada orang kafir akan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang dengan mereka dan agama yang mereka anuti. Larangan wala’ terhadap orang kafir ini sudah diajarkan oleh kekasih Allah –Nabi Ibrahim ‘alaihis salam- dan kita pun selaku umat Islam diperintahkan untuk mengikuti jalan Baginda. Allah Ta’ala berfirman,
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَاء مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاء أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka : “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja.” (QS. Al Mumtahanah: 4)
Di samping ini adalah ajaran Nabi Ibrahim, larangan wala’ pada orang kafir juga termasuk ajaran Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS. Al Maidah: 51)
Bahkan Ibnu Hazm telah menukil adanya ijma’ (kesepakatan ulama) bahawa wala’pada orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan.[9]
Perlu Dibezakan antara Ihsan (Berbuat Baik) dan Wala’ (Wala’)
Perlu difahami bahawa birr atau ihsan (berbuat baik) itu jauh berbeza dengan wala’. Ihsan adalah sesuatu yang dituntunkan. Ihsan itu diperbolehkan baik pada muslim mahupun orang kafir. Sedangkan bersikap wala’ pada orang kafir tidak diperkenankan sama sekali.
Fakhruddin Ar Rozi -rahimahullah- mengatakan, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik (birr) kepada mereka (orang kafir). Namun yang Allah larang bagi kalian adalah wala’pada mereka. Inilah bentuk rahmat pada mereka, padahal ada permusuhan sengit dengan kaum muslimin. Para pakar tafsir menjelaskan bahawa boleh kaum muslimin berbuat baik (birr) dengan orang musyrik. Namun dalam hal wala’pada mereka itu tidak dibolehkan.”[10]
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan, “Berbuat baik, menyambung hubungan kerabat dan berbuat ihsan (terhadap bukan Islam) tidaklah melazimkan rasa cinta dan rasa sayang (yang terlarang) padanya. Sebagaiman rasa cinta yang terlarang ini disebutkan dalam firman Allah,
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya” (QS. Al Mujadilah: 22). Ayat ini umum berlaku pada orang yang sedang memerangi dan orang yang tidak memerangi kaum muslimin. Wallahu a’lam.”[11]
Syaikh Musthafa Al ‘Adawi menjelaskan dalam kitab tafsirnya, “Berbuat baik dan berlaku adil tidaklah melazimkan rasa cinta dan kasih sayang pada orang kafir. Seperti contohnya adalah seorang anak tetap berbakti dan berbuat baik pada orang tuanya yang kafir, namun ia tetap membenci agama yang orang tuanya anuti. ”[12]
Contoh Berbuat Ihsan pada Bukan Islam
Pertama: Memberi hadiah kepada saudara bukan Islam agar membuatkan dia tertarik pada Islam.
Dari Ibnu ‘Umar –radhiallahu ‘anhuma-, Baginda berkata, “’Umar pernah melihat pakaian yang dibeli seseorang lalu dia pun berkata pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Belilah pakaian seperti ini, kenakanlah ia pada hari Jum’at dan ketika ada tetamu yang mendatangimu.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata, “Sesungguhnya yang mengenakan pakaian sejenis ini tidak akan mendapatkan bahagian sedikit pun di akhirat.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam didatangkan beberapa pakaian dan Baginda pun memberikan sebahagiannya pada ‘Umar. ‘Umar pun berkata, “Mengapa aku diperbolehkan memakainya sedangkan engkau tadi mengatakan bahawa mengenakan pakaian seperti ini tidak akan mendapat bahagian di akhirat?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Aku tidak mahu mengenakan pakaian ini agar engkau boleh mengenakannya. Jika engkau tidak mahu, maka engkau jual saja atau tetap mengenakannya.” Kemudian ‘Umar menyerahkan pakaian tersebut kepada saudaranya[13] di Makkah sebelum saudaranya tersebut masuk Islam.[14]
Kedua: Menjalin hubungan dan berbuat baik dengan orang tua dan kerabat bukan Islam.
Dari Asma’ binti Abu Bakr –radhiallahu ‘anhuma-, dia berkata, “Ibuku mendatangiku, padahal dia seorang musyrik di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian aku ingin meminta nasihat dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku berkata, “Sesungguhnya ibuku mendatangiku, padahal dia sangat benci dengan Islam. Apakah aku boleh tetap menyambung hubungan kerabat dengan ibuku?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Iya boleh. Silakan engkau tetap menjalin hubungan dengannya.”[15]
Allah melarang memutuskan silaturahmi dengan orang tua atau kerabat yang bukan Islam dan Allah tetap menyuruh agar hak mereka sebagai kerabat dipenuhi walaupun mereka kafir. Jadi, kekafiran tidaklah memutuskan hak mereka sebagai kerabat. Allah Ta’ala berfirman,
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.” (QS. Luqman: 15)
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ
“Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)
Jubair bin Muth’im berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturahmi (dengan kerabat).”[16]
Oleh kerananya, silaturahmi dengan kerabat tetaplah wajib, walaupun kerabat tersebut kafir. Jadi, orang yang mempunyai kewajipan memberi nafkah tetap memberi nafkah pada orang yang ditanggung walaupun itu bukan Islam. Ini kerana memberi nafkah adalah bahagian daripada bentuk menjalin silaturahmi. Sedangkan di dalam masalah waris tidak diperkenankan sama sekali. Ini kerana seorang muslim tidaklah mewariskan hartanya pada orang kafir. Begitu pula sebaliknya. Ini Kerana warisan dibangun di atas sikap ingin menolong (nushroh) dan wala’.[17]
Ketiga: Berbuat baik kepada jiran tetangga walaupun bukan Islam.
Al Al-Bukhari membawakan sebuah bab dalam Adabul Mufrad dengan ”Bab Jiran Tetangga Yahudi”dan Baginda membawakan riwayat berikut.
Mujahid berkata, “Saya pernah berada di sisi Abdullah ibnu ‘Amru sedangkan pembantunya sedang memotong kambing. Dia lalu berkata,
ياَ غُلاَمُ! إِذَا فَرَغْتَ فَابْدَأْ بِجَارِنَا الْيَهُوْدِي
”Wahai pembantu! Jika anda telah selesai (menyembelihnya), maka bagilah dengan memulai dari tetangga Yahudi kita terlebih dahulu.” Lalu ada salah seorang yang berkata,
آليَهُوْدِي أَصْلَحَكَ اللهُ؟!
“(Anda memberikan sesuatu) kepada Yahudi? Semoga Allah memperbaiki kondisi anda.”
”Abdullah bin ’Amru lalu berkata,
إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوْصِي بِالْجَارِ، حَتَّى خَشَيْنَا أَوْ رُؤِيْنَا أَنَّهُ سَيُوّرِّثُهُ
‘Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwasiat terhadap jiran tetangga sampai kami khuatir kalau Baginda akan menetapkan hak waris kepadanya.”[18]
Perkara yang Termasuk Wala’ pada Orang Kafir dan Dinilai Haram[19]
Pertama: Mencintai orang kafir dan menjadikan mereka teman dekat. Allah Ta’ala berfirman,
لَا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءهُمْ أَوْ أَبْنَاءهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ
“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” (QS. Al Mujadilah: 22). Wajib bagi setiap muslim memiliki rasa benci pada setiap orang kafir dan musyrik kerana mereka adalah orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya. Dikecualikan di sini adalah cinta yang bersifat tabi’at seperti kecintaan seorang anak kepada orang tuanya yang musyrik. Cinta seperti ini dibolehkan.
Kedua: Menetap di negeri kafir. Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيراً,إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلاَ يَهْتَدُونَ سَبِيلاً,فَأُوْلَـئِكَ عَسَى اللّهُ أَن يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكَانَ اللّهُ عَفُوّاً غَفُوراً
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri , (kepada mereka) malaikat bertanya : “Dalam keadaan bagaimana kamu ini ?”. Mereka menjawab : ” Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata : “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu ?”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali, kecuali mereka yang tertindas baik lelaki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (QS. An Nisa’: 97-98)
Ada dua perincian yang mesti diperhatikan:
1. Jika orang kafir yang baru masuk Islam, lalu tinggal di negeri kafir dan tidak mampu menampakkan keislaman (seperti mentauhidkan Allah, melaksanakan solat, dan berjilbab –bagi wanita-) dan dia mampu berhijrah, maka saat itu dia wajib berhijrah ke negeri kaum muslimin. Hal ini berdasarkan kesepakatan para ulama. Dan tidak boleh muslim tersebut menetap di negeri kafir kecuali dalam keadaan darurat.
2. Jika muslim yang tinggal di negeri kafir masih mampu menampakkan keislamannya, maka berhijrah ke negeri kaum muslimin pada saat ini menjadi mustahab (dianjurkan). Begitu pula dianjurkan dia menetap di negeri kafir tersebut kerana ada maslahat untuk mendakwahi orang lain kepada Islam yang benar.
Ketiga: Diharamkan bepergian ke negeri kafir tanpa ada hajat. Namun jika ada maslahat (seperti untuk berubat, berdakwah, dan berdagang), maka ini dibolehkan asalkan memenuhi tiga syarat berikut:
1. Memiliki bekal ilmu agama yang kuat sehingga dapat menjaga dirinya.
2. Merasa dirinya aman dari hal-hal yang dapat merosak agama dan akhlaqnya.
3. Mampu menampakkan syi’ar-syi’ar Islam pada dirinya.
Keempat: Menyerupai orang kafir (tasyabbuh) dalam hal pakaian, penampilan dan kebiasaan. Tasyabbuh di sini diharamkan berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah dan kesepakatan para ulama (ijma’).[20] Di antara dalilnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian daripada mereka”[21]
Oleh kerana itu, perilaku tasyabuh (menyerupai orang kafir) dalam perkara yang menjadi ciri khas mereka adalah diharamkan. Contohnya adalah mencukur janggut dan memakai pakaian yang menjadi ciri khas mereka.
Kelima: Bekerjasama atau membantu merayakan perayaan orang kafir, seperti membantu dalam acara Krismas. Hal ini diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama. Dan Allah Ta’ala pun berfirman,
وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (QS. Al Maidah: 2)
Begitu pula diharamkan menghadiri perayaan agama mereka. Allah Ta’ala menceritakan mengenai sifat orang beriman,
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
“Dan orang-orang yang beriman adalah yang tidak menyaksikan perbuatan zur, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalu (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (QS. Al Furqan: 72). Di antara makna “tidak menyaksikan perbuatan zur” adalah tidak menghadiri perayaan orang musyrik. Inilah yang dikatakan oleh Ar Rabi’ bin Anas.[22] Jadi, ayat di atas adalah pujian untuk orang yang tidak menghadiri perayaan orang musyrik. Jika tidak menghadiri perayaan tersebut adalah suatu hal yang terpuji, bererti melakukan perayaan tersebut adalah perbuatan yang sangat tercela dan termasuk ‘aib[23].
Begitu pula diharamkan mengucapkan selamat pada hari raya orang kafir. Bahkan diharamkannya hal ini berdasarkan ijma’ atau kesepakatan para ulama.
Ulama Sepakat: Haram Mengucapkan Selamat Krismas
Perkataan Ibnul Qayyim  dalam Ahkam Ahlu Dzimmah:
”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan sejenisnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat daripada kekafiran, namun dia tidak akan terlepas daripada perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini kepada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat sejenis ini lebih dibenci oleh Allah dibandingkan seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.
Ramai orang yang kurang faham agama terjatuh di dalam hal tersebut. Orang-orang seperti ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka lakukan. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”[24]
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Uthaimin mengatakan, ”Ucapan selamat hari Krismas atau ucapan selamat lainnya yang berkaitan dengan agama kepada orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.”[25]
Hairannya ulama-ulama kontemporari saat ini[26] malah membolehkan mengucapkan selamat Krismas. Alasan mereka berdasar pada surat Al Mumtahanah ayat 8. Sungguh, pendapat ini adalah pendapat yang telah menyelisihi kesepakatan para ulama. Pendapat ini muncul kerana tidak boleh membezakan antara berbuat ihsan (berlaku baik) dan wala’ (wala’). Padahal para ulama telah menyatakan bahawa kedua hal tersebut adalah berbeza sebagaimana telah kami utarakan sebelumnya.
Pendapat ini juga sungguh aneh kerana telah menyelisihi kesepakatan para ulama (ijma’). Sungguh celaka jika kesepakatan para ulama itu diselisihi. Padahal Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan dia terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.”(QS. An Nisa’: 115). Jalan orang-orang mukmin inilah ijma’ (kesepakatan) mereka.
Dari sini, kami merasa aneh jika dikatakan bahawa mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian dianggap sebagai masalah khilafiah (beza pendapat). Padahal sejak masa silam, para ulama telah sepakat (berijma’) tidak dibolehkan mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam. Hanya kebelakangan ini munculk pendapat yang aneh daripada Dr. Yusuf al-Qarqdhawi. Siapakah ulama salaf yang sependapat dengan beliau di dalam masalah ini? Padahal sudah dinukil ijma’ (kata sepakat) daripada para ulama tentang haramnya hal ini.
Hujah terakhir yang kami sampaikan, adakah wujud ulama salaf di masa silam yang menganggap bahawa mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam termasuk di dalam bentuk berbuat baik (ihsan) dan dibolehkan, padahal acara-acara sejenis Krismas dan perayaan bukan Islam sudah ada sejak masa silam?! Di antara sebab munculnya pendapat (yang membolehkan mengucapkan perayaan) adalah kerana tidak memahami surat Mumtahanah ayat 8 dengan benar. Tidak memahami manakah bentuk ihsan (berbuat baik) dan bentuk wala’ (wala’). Dan sudah kami utarakan bahawa mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam termasuk bentuk wala’ dan diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama (ijma’). Dan namanya ijma’ tidak pernah lepas dari dari Al Qur’an dan As Sunnah sebagaimana seringkali diutarakan oleh para ulama. Hanya Allah yang memberi taufik.
Semoga Allah memberi kefahaman.
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Ertikel http://rumaysho.com
[1] Sebahagian ulama pakar tafsir (seperti Qatadah) menyatakan bahawa surat Al Mumtahanah ayat 8 berlaku untuk semua orang kafir. Jadi kita diperintahkan untuk berlaku baik dengan orang kafir. Namun menurut pendapat ini, ayat tersebut telah mansukh (dihapus) dengan surat At Taubah ayat 5 yang memerintahkan untuk memerangi orang kafir (Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, 6/19,Mawqi’ Al Islam). Akan tetapi, pakar tafsir lainnya tetap menyatakan bahawa surat Al Mumtahanah ayat 8 adalah ayat yang tidak mansukh dan mereka berdalil dengan kisah Asma’ binti Abu Bakr (Lihat Tafsir Juz Qod Sami’a , Syaikh Musthofa Al ‘Adawi, hal. 170, Maktabah Makkah, cetakan pertama, tahun 2003 ).
[2] Kebanyakan ulama mengatakan bahawa ibu Asma’ mati dalam keadaan musyrik. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ibunya mati dalam keadaan Islam. Nama ibu Asma’ ada yang menyebut Qailah dan ada pula yang menyebut Qatilah. (Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 7/89, Dar Ihya’ At Turots Al Arobi, Beirut, cetakan kedua, 1392). Qatilah adalah isteri Abu Bakr yang sudah dicerai di masa Jahiliah. (Lihat ‘Umdatul Qori Syarh Shahih Al Al-Bukhari, Badaruddin Al ‘Aini Al Hanafi, 20/169, Asy Syamilah)
[3] Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, 8/236-237, Al Maktab Al Islami Beirut, cetakan ketiga, tahun 1404 H.
[4] Makna ini berdasarkan riwayat Abu Daud. Al Qadhi mengatakan bahawa makna lain daripada roghibah adalah benci dengan Islam. Jadi, ibunda Asma’ sangat benci dengan Islam, sehingga dia pun bertanya pada Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, apakah masih boleh dia menjalin hubungan dengan ibunya. Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 7/89.
[5] HR. Al-Bukhari no. 5798.
[6] Jaami’ul Bayan fii Ta’wilil Qur’an, Ibnu Jarir Ath Thobari, Muhaqqiq: Ahmad Muhammad Syakir, 23/323, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama tahun 1420 H.
[7] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Kathir, Muhaqqiq: Sami bin Muhammad Salamah, 8/90, terbitan Dar At Thoyibah, cetakan kedua, 1420 H.
[8] Lihat Al Wala’ wal Baro’, Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qahthani, hal. 307, Asy Syamilah.
[9] Lihat Al Muhalla, Ibnu Hazm, 11/138, Mawqi’ Ya’sub.
[10] Mafatihul Ghoib, Fakhruddin Ar Rozi, 15/325, Mawqi’ At Tafasir.
[11] Fathul Bari Syarh Sahih Al Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al ‘Asqolani Asy Syafi’i, 5/233, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379.
[12] Tafsir Juz Qod Sami’a , Syaikh Musthofa Al ‘Adawi, hal. 166, Maktabah Makkah, cetakan pertama, tahun 2003.
[13] Saudara ‘Umar ini bernama ‘Uthman bin Hakim, dia adalah saudara seibu dengan ‘Umar. Ibu ‘Umar bernama Khoitsamah binti Hisyam bin Al Mughiroh. Lihat Fathul Bari, 5/233.
[14] HR. Al-Bukhari no. 2619.
[15] HR. Al-Bukhari no. 2620.
[16] HR. Muslim no. 2556.
[17] Lihat pembahasan Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qahthani dalam Al Wala’ wal Baro’, hal. 303, Asy Syamilah.
[18] Adabul Mufrod no. 95/128. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa riwayat ini shahih. Lihat Al Irwa’ (891): [Abu Dawud: 40-Kitab Al Adab, 123-Fii Haqqil Jiwar. At Tirmidzi: 25-Kitab Al Birr wash Shilah, 28-Bab Maa Jaa-a fii Haqqil Jiwaar]
[19] Kami olah dari Tahdzib Tashil Al ‘Aqidah Al Islamiyah, Prof. ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al Jibrin, hal. 224-229, Maktabah Al Mulk Fahd Al Wathoniyah, cetakan pertama, 1425 H.
[20] Lihat penukilan ijma’ (kesepakatan ulama) yang disampaikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Iqtidho’ Ash Shirotil Mustaqim, 1/363, Wazarotu Asy Syu-un Al Islamiyah, cetakan ketujuh, tahun 1417 H.
[21] HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ (1/269) mengatakan bahawa sanad hadits ini jayid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269
[22] Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 4/484, Mawqi’ Al Islam.
[23] Lihat Iqtidho’ Ash Shiroth Al Mustaqim, 1/483.
[24] Ahkam Ahli Dzimmah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/441, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, tahun 1418 H.
[25] Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Uthaimin, 3/28-29, no. 404, Asy Syamilah.
[26] Seperti Dr. Yusuf al-Qarqdhawi, begitu juga Majlis Fatwa Eropah.
http://rumaysho.com/belajar-islam/aqidah/2824-mengucapkan-selamat-Krismas-dianggap-amalan-baik.html
Sunnah Banyak Puasa Di Bulan Muharam
Oleh Ustaz Muhammad Abduh
Edit: Abu Usamah
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[1]
An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan, “Hadits ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharram.”[2]
Lalu mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diketahui banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan malah bulan Muharram? Ada dua jawapan yang dikemukakan oleh An Nawawi.
Pertama: Mungkin Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui keutamaan banyak berpuasa di bulan Muharram di akhir hayat hidup Baginda.
Kedua: Boleh jadi pula baginda memiliki uzur ketika berada di bulan Muharram (seperti bersafar atau sakit) sehingga tidak sempat menunaikan banyak puasa pada bulan Muharram.[3]
Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan, “Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharram, Rajab) adalah puasa di bulan Muharram (syahrullah).”[4]
Sesuai dengan penjelasan Ibnu Rajab, puasa sunnah (tathowwu’) ada dua jenis:
1. Puasa sunnah mutlak. Sebaik-baik puasa sunnah mutlak adalah puasa di bulan Muharram.
2. Puasa sunnah sebelum dan sesudah yang mengiringi puasa wajib di bulan Ramadhan. Ini bukan dinamakan puasa sunnah mutlak. Contoh puasa ini adalah puasa enam hari di bulan Syawal.[5]
Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharram) iaitu ‘Umar, Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Bashri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram.[6] Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab.
Puasa yang Utama di Bulan Muharram adalah Puasa ‘Asyura
Daripada hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ’Asyura’ iaitu pada tanggal 10 Muharram[7]. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. Abu Qatadah Al Ansori berkata,
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[8]
An Nawawi -rahimahullah- mengatakan, “Para ulama sepakat, hukum melaksanakan puasa ‘Asyura untuk saat ini (setelah diwajibkannya puasa Ramadhan, -pen) adalah sunnah dan bukan wajib.”[9]
Sejarah Pelaksanaan Puasa ‘Asyura[10]
Tahap pertama: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa ‘Asyura di Makkah dan Baginda tidak memrintahkan sahabat yang lain untuk melakukannya.
Dari ’Aisyah -radhiallahu ’anha-, Baginda berkata,
كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُهُ ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
”Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa).”[11]
Tahap kedua: Ketika tiba di Madinah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat Ahlul Kitab melakukan puasa ‘Asyura dan memuliakan hari tersebut. Lalu Baginda pun ikut berpuasa ketika itu. Kemudian ketika itu, Baginda memerintahkan pada para sahabat untuk ikut berpuasa. Melakukan puasa ‘Asyura ketika itu semakin ditekankan perintahnya. Sampai-sampai para sahabat memerintah anak-anak kecil untuk turut berpuasa.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma, Baginda berkata,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.
“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[12]
Apakah ini bererti Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam meniru-niru (tasyabbuh dengan) Yahudi?
An Nawawi –rahimahullah- menjelaskan, ”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam biasa melakukan puasa ’Asyura di Makkah sebagaimana dilakukan pula oleh orang-orang Quraisy. Kemudian Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam tiba di Madinah dan menemui orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura, lalu Baginda shallallahu ’alaihi wa sallam pun ikut melakukannya. Namun Baginda melakukan puasa ini berdasarkan wahyu, berita mutawatir (dari jalur yang sangat banyak), atau daripada ijtihad Baginda, dan bukan semata-mata berita salah seorang dari mereka (orang Yahudi). Wallahu a’lam.”[13]
Para ulama berselisih pendapat apakah puasa ‘Asyura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan dihukumi wajib ataukah sunnah mu’akkad? Di sini terdapat dua pendapat:
Pendapat pertama: Sebelum diwajibkan puasa Ramadhan, pada masa Tahap kedua, puasa ‘Asyura dihukumi wajib. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Bakr Al Atsram.
Pendapat kedua: Pada masa Tahap kedua ini, puasa ‘Asyura dihukumi sunnah mu’akkad. Ini adalah pendapat Imam Asy Syafi’i dan kebanyakan dari ulama Hanbali.[14]
Namun yang jelas setelah datang puasa Ramadhan, puasa ‘Asyura tidaklah diwajibkan lagi dan dinilai sunnah. Hal ini telah menjadi kesepakatan para ulama sebagaimana disebutkan oleh An Nawawi -rahimahullah-.[15]
Tahap ketiga: Ketika diwajibkannya puasa Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan para sahabat untuk berpuasa ‘Asyura dan tidak terlalu menekankannya. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan bahawa siapa yang ingin berpuasa, silakan dan siapa yang tidak ingin berpuasa, silakan. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh ’Aisyah radhiallahu ’anha dalam hadits yang telah lalu dan dikatakan pula oleh Ibnu ’Umar. Ibnu ’Umar -radhiallahu ’anhuma- mengatakan,
أَنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ كَانُوا يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَامَهُ وَالْمُسْلِمُونَ قَبْلَ أَنْ يُفْتَرَضَ رَمَضَانُ فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ عَاشُورَاءَ يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ.
“Sesungguhnya orang-orang Jahiliah biasa melakukan puasa pada hari ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pun melakukan puasa tersebut sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu pula kaum muslimin saat itu. Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan: Sesungguhnya hari Asyura adalah hari di antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”[16]
Ibnu Rajab -rahimahullah- mengatakan, “Setiap hadits yang serupa dengan ini menunjukkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan lagi untuk melakukan puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan. Akan tetapi, Baginda meninggalkan hal ini tanpa melarang jika ada yang masih tetap melaksanakannya. Jika puasa ‘Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dikatakan wajib, maka selanjutnya apakah jika hukum wajib di sini dihapuskan (dinaskh) akan bertukar menjadi mustahab (disunnahkan)? Hal ini terdapat perselisihan di antara para ulama.
Begitu pula jika hukum puasa ‘Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan adalah sunnah muakkad, maka ada ulama yang mengatakan bahawa hukum puasa Asyura beralih menjadi sunnah saja tanpa muakkad (ditekankan). Oleh kerana itu, Qais bin Sa’ad mengatakan, “Kami masih tetap melakukannya.”[17]
Isi pentingnysa, puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan masih tetap dianjurkan (disunnahkan).
Tahap keempat: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertekad di akhir umurnya untuk melaksanakan puasa Asyura tidak bersendirian, namun disertakan dengan puasa pada hari lainnya. Tujuannya adalah untuk menyelisihi puasa Asyura yang dilakukan oleh Ahlul Kitab.
Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.
“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,
فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ
“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,
فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.
“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[18]
Puasa 9 Muharram
Sebagaimana dijelaskan di atas (pada hadits Ibnu Abbas) bahawa di akhir umurnya, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bertekad untuk menambah puasa pada hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab. Namun Baginda sudah meninggal sehingga Baginda tidak sempat melakukan puasa pada hari itu.
Lalu bagaimana hukum puasa pada hari kesembilan Muharram? Berikut kami bawakan penjelasan An Nawawi rahimahullah.
Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyyah, Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahawa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh sekaligus; kerana Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.
Apa hikmah Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam menambah puasa pada hari kesembilan? An Nawawi rahimahullah melanjutkan penjelasannya.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa sebab Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bepuasa pada hari kesepuluh sekaligus kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadits Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ’Asyura’ (tanggal 10 Muharram). Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam.[19]
Ibnu Rajab mengatakan, ”Di antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja.”[20]
Yang penting, kita lebih baik berpuasa dua hari sekaligus iaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram. Ini kerana di dalam melakukan puasa ‘Asyura ada dua tingkatan iaitu:
1. Tingkatan yang lebih sempurna adalah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sekaligus.
2. Tingkatan di bawahnya adalah berpuasa pada 10 Muharram saja.[21]
Puasa 9, 10, dan 11 Muharram
Sebahagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya berpuasa pada hari ke-9, 10, dan 11 Muharram. Inilah yang dianggap sebagai tingkatan lain dalam melakukan puasa Asyura[22]. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً
“Puasalah pada hari ’Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu ’Adi, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawi dan Al Hamidi, namun sanadnya dhaif (lemah). Di dalam sanad tersebut terdapat Ibnu Abi Laila -yang nama aslinya Muhammad bin Abdur Rahman-, hafalannya dinilai buruk. Juga terdapat Daud bin ’Ali. Dia tidak dikatakan thiqah kecuali oleh Ibnu Hibban. Baginda berkata, ”Daud kadang-kala yukhti’ (keliru).” Adz Dzahabi mengatakan bahawa hadits ini tidak boleh dijadikan hujjah (dalil).
Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan oleh Abdur Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari jalan Ibnu Juraij dari ’Atho’ dari Ibnu Abbas. Baginda radhiallahu ’anhuma berkata,
خَالِفُوْا اليَهُوْدَ وَصُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالعَاشِرَ
“Selisilah Yahudi. Puasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram.” Sanad hadits ini adalah sahih, namun diriwayatkan secara mauquf (hanya dinilai sebagai perkataan sahabat). [23]
Catatan: Jika ragu-ragu di dalam penentuan awal Muharram, maka boleh ditambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.
Imam Ahmad -rahimahullah- mengatakan, ”Jika ragu-ragu mengenai penentuan awal Muharram, maka boleh berpuasa pada tiga hari (hari 9, 10, dan 11 Muharram, pen) untuk berhati-hati.”[24]
Sebagai Motivasi
Semoga kita terdorong untuk melakukan puasa Asyura. Cukup ayat ini sebagai renungan. Allah Ta’ala berfirman,
كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ
“(Kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.” (QS. Al Haqqah: 24)
Mujahid dan selainnya mengatakan, ”Ayat ini turun pada orang yang berpuasa. Barangsiapa meninggalkan makan, minum, dan syahwatnya kerana Allah, maka Allah akan memberi ganti dengan makanan dan minuman yang lebih baik, serta akan mendapat ganti dengan pasangan di akhirat yang kekal (tidak mati).”[25] Inilah balasan untuk orang yang gemar berpuasa.
Semoga Allah memudahkan kita untuk melakukan amalan puasa ini. Hanya Allah yang memberi taufik.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Ertikel http://rumaysho.com
[1] HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah.
[2] Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim Ibnu Al Hajjaj, An Nawawi, 8/55, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392.
[3] Idem.
[4] LathoifAl Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hanbali, hal. 67, Al Maktab Al Islami, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[5] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 66.
[6] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 71.
[7] Inilah yang dimaksud dengan ‘Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Yang memiliki pendapat berbeza adalah Ibnu ‘Abbas yang menganggap ‘Asyura adalah tanggal 9 Muharrram. Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.
[8] HR. Muslim no. 1162.
[9] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.
[10] Diolah daripada penjelasan Ibnu Rajab Al Hanbali dalam LathoifAl Ma’arif, hal. 92-98.
[11] HR. Al-Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125
[12] HR. Muslim no. 1130
[13] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/11.
[14] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 94.
[15] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.
[16] HR. Muslim no. 1126.
[17] LathoifAl Ma’arif, hal. 96.
[18] HR. Muslim no. 1134.
[19] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/12-13.
[20] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.
[21] Lihat Tajridul Ittiba’, Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili, hal. 128, Dar Al Imam Ahmad, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[22] Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad.
[23] Dinukil daripada catatan kaki dalam kitab Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 2/60, terbitan Darul Fikr yang ditahqiq oleh Syaikh Abdul Qadir Arfan.
[24] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.
[25] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 72.
http://rumaysho.com/hukum-islam/puasa/2832-amalan-puasa-asyura.html
Puasa 9 Muharam dan Jatidiri Muslim
Oleh Mohd Masri Mohd Ramli
Setiap tahun umat Islam merayakan hari Asyura dengan berpuasa pada 10 Muharam dan 9 Muharam. Bahkan di sesetengah negara, segelintir umat Islam yang terpesong akidahnya menyambut hari tersebut dengan mencederakan tubuh masing-masing kononnya untuk melahirkan rasa cinta dan sedih atas kematian cucu Rasulullah.
Puasa Asyura sering dibincangkan dari sudut fiqh dan hukumnya, akan tetapi, jarang sekali kita membicarakan maksud tersirat yang melibatkan akidah Islam di dalam hal ini.
Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu Ketika tiba di Madinah, Rasulullah mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya: Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa? Orang-orang Yahudi tersebut menjawab: Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu, Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Maka Rasulullah berpuasa dan memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. (HR Muslim).
Berdasarkan dalil di atas, kita akan melihat seolah-olah Rasulullah cuba meniru tatacara ibadah kaum Yahudi. Akan tetapi, apabila kita amati hadis yang lain, kita akan dapati bagaimana sensitifnya Rasulullah dalam melakukan perkara yang sama seperti bukan Islam.
Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Lalu baginda menjawab: Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan. (HR Muslim)
Hadis di atas menunjukkan digalakkan bagi umat Islam berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam. Akan tetapi, di dalam hadis ini juga menunjukkan Rasulullah bertegas agar ibadah umat Islam tidak menyerupai ibadah bukan Islam. Lantaran itu, disyariatkan berpuasa pada sembilan Muharam untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.
Hadis ini menunjukkan satu konsep di dalam akidah Islam yang dikenali sebagai al-Wala’ dan al-Bara’. Shaikh Bin Baz di dalam menyatakan bahawa al-Wala’ dan al-Bara’ bermaksud: Mencintai orang-orang yang beriman dan setia kepada mereka, membenci orang-orang kafir dan memusuhi mereka, berlepas diri daripada mereka dan agama mereka.
Salah satu cara berlepas diri daripada orang kafir ialah dengan mengelakkan daripada meniru tingkah laku, mahupun tatacara berpakaian yang menjadi identiti keagamaan mereka. Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadis: Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka. (HR Ahmad dan Abu Daud)
Dr.Nashir Bin Abdul Karim Al-Aql menyebutkan beberapa hikmah di sebalik larangan menyerupai bukan Islam. Antaranya ialah:
1)      Semua perbuatan orang kafir pada dasarnya dilakukan di atas asas kesesatan.
2) Dengan meniru orang kafir, maka seorang muslim akan menjadi pengikut mereka. Ia bererti dia telah menentangAllah dan RasulNya. Terdapat peringatan yang sangat keras sekali, sebagaimana Allah berfirman: Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalannya orang-orang yang tidak beriman, Kami biarkan dia dengan kesesatannya kemudian Kami seret ke dalam neraka Jahanam. Dan neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali. (QS. An-Nisa’: 115)
3)      Meniru orang kafir akan menimbulkan rasa kagum ke atas mereka.
4)      Ia akan menimbulkan rasa cinta dan setia kepada orang kafir.
5)      Meniru orang kafir akan merendahkan martabat umat Islam dan menyebabkan umat Islam dipandang hina.
Hal ini adalah satu perkara penting yang difahami setiap muslim. Kita melihat bagaimana generasi muda kita sangat suka meniru-niru gaya dari dunia barat. Contohnya meniru gaya artis yang bukan Islam dari segi berpakaian, fesyen rambut dan lain-lain. Apatah lagi terdapat segelintir yang meniru cara berpakaian yang mempunyai identiti bukan Islam, contohnya mempunyai lambang salib pada pakaian dan rantai dan lain-lain.
Konsep al-wala dan al-bara hendaklah ditekankan di dalam pendidikan Islam di sekolah. Subjek akidah di dalam pendidikan Islam hendaklah melahirkan umat Islam yang mempunyai jatidiri. Sedihnya, kadang kala pengajian akidah yang diajar diisi dengan konsep-konsep falsafah yang memeningkan lalu ia gagal melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang cemerlang.
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting di dalam mendidik anak-anak sejak kecil. Usahlah dinyanyikan di telinga anak-anak lagu-lagu yang kadangkaa berkaitan dengan perayaan Krismas dan agama yang lain. Didiklah anak-anak kita supaya mempunyai sifat sensitif terhadap agama mereka.
Pengajian agama di masjid-masjid hendaklah menekankan hal ini. Khutbah-khutbah mesti memberi penekanan untuk memperbaiki akidah umat Islam.
Selagi mana kita gagal memerdekakan diri kita daripada meniru-meniru orang kafir, selagi itulah kita akan dibelenggu penjajahan pemikiran. Selagi itulah umat Islam akan terus dihina dan dihina. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud: Umat ini pasti akan mengikuti jejak umat-umat sebelumnya, setapak demi setapak, sejengkal demi sejengkal. (HR al-Bukhari dan Muslim). Yang dimaksudkan dengan umat-umat sebelumnya ialah orang Yahudi dan Kristian, dan realitinya itulah yang berlaku dalam dunia Islam zaman sekarang. Nauzubillahi Min Zalik.
Talk: We Love Rasulullah [9 Disember di UIA Gombak]
p/s: Talk di sampaikan dalam Bahasa Melayu