INTIS Consultant merupakan sebuah firma konsultan bina insan yang menawarkan program-program latihan untuk mereka yang ingin meningkatkan kefahaman tentang Islam. Diasaskan pada tahun 2005 dan digerakkan oleh mereka yang mahir dan berpengalaman dalam bidang latihan Islamik. INTIS Consultant telah mengendalikan pelbagai program latihan yang berbentuk Islamik di mana fokus lebih diberikan kepada program pemantapan aqidah, ibadah dan akhlak.
Kenapa INTIS?
Mungkin telah ada banyak firma latihan lain yang menawarkan program-program latihan Islamik. Namun, INTIS tetap tampil dalam merancakkan lagi dunia latihan ini dengan keistimewaannya yang tersendiri. Antara yang paling utama ialah setiap modul yang dihasilkan serta pengisian dalam setiap program dipastikan ianya berdasarkan fakta-fakta agama yang sahih sahaja. Oleh itu, setiap modul yang menyentuh persoalan aqidah, ibadah dan akhlak aalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Penekanan bahawa pentingnya memahami dan mengamalkan ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah saw adalah menjadi fokus kami.
Untuk itu, INTIS Consultant mempunyai panel penasihat yang berkredibliti di dalam bidang ini yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah pengajian Islam di IPT-IPT tempatan.
