LAPORAN KONVENSYEN PEMIKIR-PEMIKIR ISLAM SEJAGAT
TEMA : MEMBINA KEKUATAN UMMAH
Pada 4 dan 5 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung Konvensyen Pemikir-pemikir Islam Sejagat yang bertemakan “Membina Kekuatan Ummah”. Konvensyen ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.
4 Disember 2010.
Majlis dimulakan pada jam 9 malam dengan persembahan nasyid tanpa instrument muzik oleh kumpulan Caliphs yang dibawaka khas dari Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Forum Perdana. Panelis pertama ialah Dr Abdullah Yassin. Panelis kedua ialah Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin, iaiatu mantan mufti negeri Perlis . Manakala panelis ketiga ialah Dr. Juanda bin Jaya, iaitu Mufti Negeri Perlis. Moderator bagi forum ini ialah Ustaz Abdul Rasyid bin Idris, presiden Institut Al-Qayyim, Pulau Pinang. Read the rest of this entry »


