Laporan Program Kem Penghayatan Solat dan Kecemerlangan Akademik (November 2005)

Posted on October 15, 2008

0


Tarikh:
25-27 November 2005

Tempat:
Institut al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Anjuran:
Yayasan Penuntut al-Imam al-Syafi’e (YAPIS-UIAM)- sekarang dikenali sebagai INTIS Consultant
& Institut al-Qayyim (IQ-DPIQAJ)

Tema Program:
“Sunnah sebagai panduan kecemerlangan sahsiah dan akademik.”

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kem tersebut telah dapat dijalankan sebagai salah satu usaha dakwah dan khidmat kepada masyarakat, terutama generasi muda di kawasan utara tanahair. Untuk siri ke-3, kali ini elemen kecemerlangan akademik turut dimasukkan dalam objecktif program memandangkan kepada keperluan untuk menghasilkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah dan akademik. Seramai 58 peserta telah menyertai program kali ini, dari umur 8 tahun ke 15 tahun.

Antara cadangan dan komen yang diterima dari waris peserta ialah untuk memanjangkan tempoh program kerana tiga hari terlalu singkat dan ditambah modul-modul untuk pembinaan sahsiah seperti jungle-trekking, hiking dan lain-lain. Pihak penganjur mengucapkan jutaan penhargaan kepada pihak IQ yang telah memberi bantuan sepenuhnya sepanjang perjalanan program.

Selaku salah seorang jawatankuasa pelaksana program, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan buat rakan-rakan dari UIAM dan UiTM yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam usaha mereka menjayakan program ini walaupun dalam jumlah yang amat sedikit, baik committee program mahupun fasilitator. Sesungguhnya perjuangan menuntut kepada pengorbanan dan kesungguhan. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kalian.

Posted in: Aktiviti, Laporan Kem