Kem Remaja Gemilang 28/11-3/12

Posted on November 7, 2010

1


The image “https://i0.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1119.snc4/148155_10150317591280652_594980651_15537187_5997659_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Mukadimah

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!

Kem Remaja anjuran IQ dan INTIS kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar yang berkesan.

Siapa yang layak menyertainya?

Remaja berumur 13 hingga 16 tahun

Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini?

  • Peserta akan memahami tentang asas akidah Islam serta hal-hal yang merosakkan akidah
  • Peserta akan memahami tatacara solat dengan dalil-dalil dari hadis yang soheh, bahaya meninggalkan solat, serta tatacara solat ketika sakit, musafir dan sebagainya.
  • Peserta akan memahami zikir dan doa harian yang diamalkan Rasulullah SAW, adab-adab sehariannya.
  • Memahami akhlak Islamiah khususnya akhlak dengan ibu bapa
  • Peserta mampu mensolatkan jenazah, mengkafaninya, serta memandikan jenazah
    Apa kelebihan program ini?
  • Lebih 80% aktiviti di dalam kumpulan, dan hanya sekitar 15-20% sahaja kuliah
  • Nota-nota disokong dengan hadis-hadis yang sahih dengan rujukan kitab-kitab yang muktabar
  • Peserta turut akan dilatih bergerak secara berkumpulan, melakukan ‘presentation’ sekaligus melatih teknik komunikasi mereka.
  • Rekod kemajuan peserta akan diberikan pada majlis penutup. Sesi perjumpaan ibu bapa dan fasilitator yang jarang-jarang ditemui di dalam program-program motivasi yang lain

28 November Ahad/1 Disember Rabu

08.30 am : Pendaftaran Peserta

09.30 am : Taklimat program kepada peserta

10.00 am : Ice breaking- sesi perkenalan dengan ahli kumpulan

10.45 am : LDK 1- Asas Akidah Islam

12.00 pm : Rehat/Makan tengahari/Persiapan diri

01.00 pm : Solat Zuhur Berjemaah

02.00 pm : LDK 2- Perkara-perkara yang membatalkan keIslaman

03.00 pm : Rehat

03.15 pm : LDK 3- Sunnah-Sunnah Harian

04.15 pm : Rehat/Solat Asar/Minum Petang

05.00 pm : Riadah

06.00 pm : Persiapan diri

06.40 pm : Makan Malam

07.15 pm : Solat Maghrib

07.45 pm : Kuliah Maghrib- Anak Soleh

08.45 pm : Solat Isya

09.00 pm : LDK 4- Kesempurnaan bersuci

10.30 pm : Minum malam

11.00 pm : Zikir sebelum tidur dan tidur

29 November Isnin/ 2 Disember Khamis

04.45 am : Bangun dan persiap diri

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.40 am : Halaqah al-Quran

07.30 am : Riadah

08.00 am : Hemat diri

08.30 am : Sarapan pagi

09.00 am : LDK 5- Kesempurnaan solat

10.00 am : Rehat

10.15 am : Sambungan LDK 5

12.30 am : Rehat dan Makan tengahari

01.00 pm : Solat Zohor

02.00 pm : LDK 6- Pengurusan Jenazah

03.00 pm : Rehat

03.15 pm : Persiapan war game

04.00 pm : Bersiap dan bergerak ke empangan

04.30pm : Minum petang dan solat Asar

05.00 pm : War Game

06.00 pm : Bergerak pulang

06.30 pm : Persiap diri dan makan malam

07.15 pm : Solat Maghrib

07. 30 pm : Halaqah al-Quran

08.30 pm : Solat Isya’

09.00 pm : Sambungan LDK 6- Pengurusan Jenazah

11.00 pm : Minum malam

11.30 pm : Tidur

30 November 2010 Selasa/ 3 Disember 2010 Jumaat

04. 45 am : Bangun tidur dan persiapan diri

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.30 am : Halaqah al-Quran

07.30am : Riadah

08.00 am : Khidmat diri dan Sarapan pagi

08.30 am : LDK 7: Persediaan Presentation Kumpulan

09.15 am : Presentation setiap kumpulan

10.15 am : Minum pagi

10.30 am : Motivasi Cemerlang Akademik

12.00 pm : Rehat

01.00 pm : Solat Zohor

02.00 pm : Ujian Penilaian 1

03.00 pm : Ujian Penilaian 2

04.00 pm : Minum petang, persiapan pulang dan solat Asar

05.15 pm : Majlis penutup serta perjumpaan ibu bapa dan fasilitator

Sila muat turun/download borang penyertaan di bawah:

Borang

The image “https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1139.snc4/148155_10150317591290652_594980651_15537188_2156436_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1119.snc4/148155_10150317591295652_594980651_15537189_7946927_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Posted in: Aktiviti, Kem