Ummah Yang Satu- Dasar Hidup Kita- Dr. Ismail Lutfi

Posted on December 9, 2010

0


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Di bawah ini, saya kongsikan teks ucapan Al-Fadhil Dr. Ismail Lutfi, Rektor Universiti Islam Yala, Thailand yang disampaikan di dalam majlis Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat. Insya-allah selepas ini kita akan kongsikan pula ringkasan info-info daripada pembentangan yang disampaikan wakil Muhammadiah International, Muhammadiah Singapura dan PERSIS. INTIS telah menghantar 5 orang wakil untuk menghadiri konvensyen tersebut.

 

‘UMATAN WAHIDAH’ DASAR HIDUP KITA
(Dr. Ismail Lutfi)
Alhamdulillah Segala Puji Bagi ALLAH.
Sebagai menyahuti permintaan ikhwah (saudara-saudara) kita dari negeri Perlis untuk memberi saham dalam Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat pada hari Ahad 29 Zulhijjah 1431 H bersamaan 5 Disember 20101 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan Kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertema ‘Membina Kekuatan Umat’. Sukacita saya secara sepintas lalu menyediakan sebuah maqalah ringkas untuk dibentang dalam konvensyen tersebut sebagai berikut:
1) Hakikat Umatan Wahidah:
Umatan Wahidah dikalangan semua manusia pada mulanya adalah umat yang satu, satu di atas kebaikkan Al-Islam. Kemudian berlakunya berselisihan dan berpecah-belah terhadap dakwah para Nabi dan Rasul berdasarkan tabiat kejadian manusia ciptaan Allah yang selalu berselisihan dan berpecah-belah kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah untuk menjadi umat yang satu dan akhirnya lahirlah Umatan wahidah dikalangan orang-orang Islam yang beribadah kepada Allah dengan cukup taqwa.
2) Perselisihan dan persatuan umat
Asal kejadian manusia menurut Sunnatullah adalah berselisihan kecuali orang-orang yang di rahmati Allah, Firman Allah  (Surah Hud 118-119)
Maksudnya: Dan jika Tuhan-mu menghendaki tentulah Dia menjadikan manusia umat yang satu (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah  mereka terus menerus berselisihan kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhan-mu (supaya menerima Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan berpegang dengannya). Dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah mencipta mereka.
  • Allah tidak menghendaki supaya sekalian manusia menjadi umat yang satu, lalu berlaku perselisihan di antara manusia yang menyebabkan lahirnya agama yang banyak.
  • Rahmat Allah adalah sebab kesatuan umat di atas jalan yang diredhai Allah di tengah-tengah perselisihan manusia.
  • Itulah Sunatullah disgi kejadian manusia iaitu:
<< Rahmat Allah Membawa Kesatuan Umat Di Tengah-Tengah Kecelaruan Manusia Yang Selalu Berselesihan >>
  • Rahmat Allah ialah Al-Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
  • Asas Al-Islam ialah (أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلِهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا َرَسُوْلُ اللهُ )
  1. Allah
  2. Kitabullah
  3. Rasulullah
Itulah asas-asas rahmat Al-Islam selaku sebab kepada kesatuan umat. Adapun orang-orang tidak dirahmati Allah maka mereka itu adalah orang yang zalim yang sentiasa berselisihan dalam hidup.
Itulah antara rahsia doa:
Maksudnya: Mereka berdua (Adam dan Hawa) berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika engkau tidak ampun dosa-dosa kami dan tidak kurnia rahmat kepada kami tentulah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi” (Al-A’raf: 23)
Maksudnya: Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat” (Al-Mukminun: 118 )
Berkata Ibnu Katsir (r.h) inilah ajaran Allah supaya kita berdoa dengannya
(Al-Ghafar) – maknanya, Penghapusan dosa dan penutupannya diri manusia.
(Ar-Rahmah) – maknanya Betul dan mendapat Taufiq pada perkataan dan perbuatan.
3) Umatan Wahidah dari segi Sunnatullah
Demikianlah penegasan Allah mengenai hakikat “Umatan Wahidah” dari firman Allah:
Maksudnya: Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak menghendaki dengan demikian itu)bahkan Dia akan memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim(iaitu orang-orang tidak di rahmati Allah) tidak ada bagi mereka  sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.(AS-Syuura:8)
Maksudnya: Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya. dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya);dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. (An-Nahl: 93)
Manakala maksud Surah Al-Maidah ayat 48: “ Dan jika sekiranya Allah menghendaki nescaya dia menjadika kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu) akan tetapi (Dia tidak menghendaki yang demikian adalah) supaya dia menguji kamu dalam menerima kitab Al-Quran yang Dia bawa dating kepada kamu, Oleh itu maka nberlumba-lumba-lah kamu berbuat kebajikan (iaitu mentaati Allah dengan mengikut syariatnya yang menansakhkan syariat yang sebelumnya). Kepada Allah jua tempat kembali kamu semuanya, Maka Dia memberitahu kepada kamu (mana yang benar dan mana yang salah)mengenai perkara yang kamu berselisih padanya”.
Maksudnya: Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
Intisari ayat:
  1. Allah tidak menghendaki di sudut kejadian supaya manusia ini menjadi hanya satu umat.
  2. Kehendak Allah dengan demikian itu untuk mengujikan hambanya mengenai Kitab Allah yang di bawa datang kepada kamu maka hendaklah masing-masing berlumba dalam berbuat kebaikan (melalui ajaran Al-Quran).
  3. Allah lah yang memasukkan sesiapa yang Ia kehendaki ke dalam rahmat-Nya melalui hidayah-Nya yang memandu ke jalan kesatuan umat Islam yang sebenar iaitu kesatuan umat di atas syariat Allah dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w.
  4. Orang-orang yang zalim tidak ada baginya perlindungan dan pertolongan Allah.
  5. Manusia yang zalim akan tetap disoal oleh Allah mengenai apa yang dilakukan secara zalim, terutama orang-orang yang kezalimannya bukan sahaja menyekat jalannya seorang sahaja tetapi menyekat pula jalan-jalan orang lainmenuju rahmat Allah yang natijahnya ialah sentiasa berselisihan, berpuakan, berpecahan dan huru hara dunia dan akhirat.
4) Umatan Wahidah di segi dakwah/syariat Allah
Sekalian orang Islam adalah ‘Umatan Wahidah’ yang membawa tugas ibadah dengan cukup taqwa kepada Allah. Firman Allah dari Surah Al-Anbiyaa’ 92-93 yang bermaksud:
Seseungguhnya agama Islam inilah agama kamu semua, agama yang satu (umatan Wahidah) dan Aku-lah tuhan kamu! Maka beribadahlah kepada Aku (tetapi kebanyakkan manusia masih berselisih) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka. (Ingatlah) mereka sekalian akan kembali kepada Kami (untuk menerima balasan)
Firman Allah:
Maksudnya: Dan sesungguhnya agama Tauhid ( yang dibawa Rasul Allah) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu (Umatan Wahidah) dan aku adalah tuhanmua maka bertaqwalah kepada Aku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) berpecah-belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka masing-masing. (Al-Mukminun:52-53)
Intisari Ayat:
  1. Hakikat ‘umatan wahidah’ ialah beribadah kepada Allah selaku tuhannya dengan cukup taqwa.
  2. Dua cara hidup (ibadah + taqwa) itulah yang merupakan asas perpaduan Umatan Wahidah.
5) Umatan Wahidah adalah KhairulUmmah
Firman Allah:
Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad, Umatan Wahidah)adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk maslahah umat manusia (tugasnya ialah) kamu menyuruh berbuat baik dan kamu melarang daripada berbuat jahat serta kamu beriman kepada Allah 9dengan sebenar-benar iman). (surah Aali-Imran: 110)
6) Perpecahan yang terpelajar
Islam menekan penganutnya supaya menjadi Umatan Wahidah serta melarang umatnya dari berpecah-belah. Berpecah-belah adalah biasanya hasil dari perselisihan tetapi bukanlah setiap perselisihan itu perpecahan. Semata-mata perselisihan yang bukan hasil dari sebab perpecahan adalah Sunatullah yang sering berlaku dan ia bukanlah semua tercela.
Maksudnya: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berpecah-belah dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (dari Allah dan rasul-Nya), Dan mereka itu akan beroleh azab seksa yang besar. (Aali-Imran:105)
Maksud Surah As-Syura ayat 13: “Bahawa hendaklah kamu dirikan Ad-Din (Al-Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah”.
Manakala dalam ayat 14 pula, “Dan umat tiap-tiap rasul itu tidak berpecah-belah dan berselisih (dalam menjalankan hidup beragama) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui, berlakunya hal itu adalah semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri”.
7) Cara menjadi Umatan Wahidah
–          Beri’tizam dengan agama Allah.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Al_Islam) dan janganlah berpecah-belah” (Aali-Imran: 103)
Janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain maka kamu akan berpecah-belah menyeleweng dari jalan yang lurus” (Al-An’am: 153)
Maksudnya: Sebenarnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, kerana itu  damaikanlah di antara dua saudaramu dan bertaqwa-lah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(Al-Hujurat:10)
–          Berwala’ antara sesama Muslim
Maksudnya: Dan orang-orang  yang beriman , lelaki dan perempuan , sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah! Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71)
Kehilangan ‘Umatan Wahidah’ yang selaku Khairul Ummah dalam memimpin manusia kerugian umat sejagat.
Akhir sekali terimalah beberapa hakikat Firman Allah:
Maksud Surah Aali-Imran ayat 101: “Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada ajaran Allah (kitab-nYa dan sunnah rasul-Nya) maka, Sesungguhnya ia telah beroleh pertunjuk hidayah ke jalan yang lurus”.
Manakala maksud surah Al-Insan (ayat:31), “Allah memasukkan setiap yang dikehendaki (menurut peraturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan di dalam syurga) dan orang-orang yang zalim Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak teperi sakitnya”.
Marilah sama-sama kita berkerjasama dalam menghayati hakikat Umatan Wahidah sebagai dasar hidup kita demi melahirkan (Khairul Ummah) yang bertugas menyebarkan Islam kepada sekalian alam.
Terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan dalam menjayakan Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat di kali ini dan kepada Ikwan/Akhawat yang turut serta dari negeri-negeri Asia.
Posted in: Laporan